UPM Institutional Repository

Persepsi Pegawai Tadbir Terhadap Program Latihan di Universiti Kebangsaan Malaysia


Citation

Abu Zarim, Zainal (1993) Persepsi Pegawai Tadbir Terhadap Program Latihan di Universiti Kebangsaan Malaysia. [Project Paper Report]

Abstract

Tujuan kajian ini ialah untuk meninjau persepsi pegawai tadbir terhadap program latihan di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam tujuh aspek iaitu objektif kursus,kegunaan kursus, proses perancangan, suasana pembelajaran, peluang-peluang untuk mengikuti latihan, penyampaian dan pengendalian kursus dan penilaian kursus. Selain itu, kajian ini juga melihat samada terdapat perbezaan yang signifikan persepsi pegawai, tadbir berhubung dengan aspek program latihan dari segi jantina, tempat bertugas, umur, pengalaman kerja dan tempoh lama berkhidmat di tempat bertugas sekarang. Soal selidik digunakan untuk mengumpulkan data mengenai persepsi lima puluh empat pegawai tadbir UKM terhadap setiap aspek program latihan diatas. Frekuensi, peratus dan min telah digunakan dalam analisis ini. Manakala Ujian-t digunakan untuk melihat perbezaan persepsi responden berhubung dengan aspek program latihan dari jantina dan tempat bertugas. Sementara analisis regresi digunakan untuk melihat perbezaan persepsi dari segi umur, pengalaman kerja dan tempoh lama berkhidmat di tempat bertugas sekarang.


Download File

[img] PDF
FPP_L_1993_4_A.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Project Paper Report
Subject: Employees - Training of - Malaysia
Call Number: FPP/L 1993 4
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Mohd Nezeri Mohamad
Date Deposited: 15 Jun 2011 05:53
Last Modified: 03 May 2012 05:31
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/11100
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item