Citation
Saad, Ab. Wahab
(1992)
Persepsi Pekerja Kerani Pelabuhan Terhadap Kepuasan Kerja: Perbandingan Sektor Awam dan Swasta.
Masters thesis, Universiti Pertanian Malaysia.
Abstract
Kajian yang dijalankan bertujuan untuk menentukan sarna ada terdapat
perbezaan antara kerani sektor awam dengan swasta daripada segi kepuasan
mereka terhadap dimensi-dimensi kerja. Di samping itu kajian juga adalah
untuk menentukan perkaitan antara persepsi terhadap beban kerja dan kemahiran
kerja, sifat personaliti kerani kedua-dua sektor dengan kepuasan mereka terhadap
dimensi kerja. Akhirnya kajian ini adalah bertujuan untuk menentukan
angkubah utama dari angkubah-angkubah yang dipilih dalam kajian y ang
mempengaruhi kepuasan pekerja kerani terhadap dimensi kerja pekerja kerani
kedua-dua sektor.
Seramai 180 orang pekerja kerani dipilih sebagai sampel kajian yang terdiri
daripada 100 orang kerani Lembaga Pelabuhan Kelang dan 80 orang kerani
Syarikat Kelang Container Terminal Sdn. Bhd. Pemilihan sampel adalah berdasarkan
kaedah persampelan strata melalui senarai nama populasi dari kedua-dua organisasi.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |