UPM Institutional Repository

Tahap Profesionalisme Pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik


Citation

Abu Hassan, Tambi (1991) Tahap Profesionalisme Pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik. Masters thesis, Universiti Pertanian Malaysia.

Abstract

Tujuan kajian adalah untuk mengetahui tahap profesi onalisme pegawai PTD yang berkhidmat di dalam bidang Pengurusan Sumber Tenaga Manusia berdasarkan lapan kriteria profesionalisme terpilih.Sampel kajian terdiri daripada 120 pegawai PTD dari tujuh agensi perkhid· matan awam yang mengkhusus dalam bidang Pengurusan Sumber Tenaga Manu· sia. Pengumpulan data dibuat melalui soal selidik, temutanya dan kajian ke atas bahan-bahan bertulis. Statistik yang digunakan bagi menganalisis data termasuklah kekerapan, min, mod, sisihan lazim, korelasi Pearson (Pearson r), analisis varians sehala, ujian Scheffe dan ujian Tukey. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap profesionalisme responden secara keseluruhan adalah sederhana. Kajian ini juga menunjukkan bahawa tahap profe· sionalisme responden adalah sederhana berdasarkan kritria (1) penguasaan pengetahuan dan kemahiran; (2) kepentingan latihan dalam profesion PTD; (3) kepentingan pertubuhan profesional dan penglibatan responden di dalam PPTD; (4) kepentingan pengkhususan bidang tugas; (5) identifikasi kumpulan; dan (6) amalan etika kerja.


Download File

[img] PDF
FPP_L_1991_3_A.pdf

Download (862kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Civil service - Malaysia - Case studies
Call Number: FPP/L 1991 3
Chairman Supervisor: Abu Daud Silong, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Mohd Nezeri Mohamad
Date Deposited: 15 Jun 2011 04:35
Last Modified: 15 Jun 2011 04:36
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/11090
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item