Citation
Selamat, Muhamad Rosli
(1989)
Aras Profesionalisme Pengamal Perhubungan Awam Sektor Swasta di Malaysia.
Masters thesis, Universiti Pertanian Malaysia.
Abstract
Tumpuan skop kajian yang dikemukakan dalam tesis ini ialah
profesionalisme dalam perhubungan awam. Objektif utama kajian
ialah untuk mengenalpasti aras profesionalisme pengamal perhubungan awam sektor swasta di Malaysia (PPASS) .
Hasil-hasil kajian yang telah dilakukan ke atas pengamal
perhubungan awam di Malaysia, telah menjelaskan secara am
beberapa aspek profesionalisme amalan perhubungan awam. Namun
begitu, hasil-hasil kajian tersebut tidak dapat menjelaskan
secara terkhusus aspek profesionalisme amalan perhubungan awam
PPASS.
Angkubah sandar kajian ialah arah profesionalisme PPASS.
Angkubah bebas kajian pula berjumlah 22 dan dikumpulkan kepada
empat bentuk pengukuran: (nominal - dua angkubah), (ordinal-empat angkubah), (sela - 14 angkubah), dan (nisbah - dua angkubah).
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |