Citation
Yasin, Maizura
(2010)
Tahap Kesediaan Guru Terhadap Pengetahuan Kandungan Pedagogi Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan Satu.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap kesediaan guru terhadap pengetahuan kandungan
pedagogi Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) bagi Tingkatan Satu. Mata
pelajaran ini diperkenalkan kembali pada 2005 secara berperingkat bermula di sekolah
rendah Tahun Empat dan menengah Tingkatan Satu, dengan harapan dapat melahirkan
warganegara yang peka tentang hak dan tanggungjawab mereka, menghargai perpaduan dan
mengapreasiasi kepelbagaian budaya Malaysia. Seramai 300 guru di Terengganu daripada
guru pelbagai bidang pengkhususan pengajaran menjadi responden dalam kajian ini. Pusat
Perkembangan Kurikulum telah mengadakan Kursus Kejurulatihan kepada guru yang bakal
mengajar mata pelajaran ini. Bagaimanapun, kursus ini dikendalikan dalam tempoh yang
singkat dan tidak melibatkan semua guru yang akan mengajar mata pelajaran ini. Fenomena
ini mungkin mempunyai implikasi terhadap pengetahuan kandungan pedagogi guru PSK.
Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif yang melibatkan satu set soal selidik. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan infrensi, iaitu Ujian t dan
Analisis Varians Satu Hala (ANOVA). Dapatan menunjukkan bahawa lebih daripada
sebahagian (53.3%) responden mempunyai tahap kesediaan yang tinggi terhadap
pengetahuan kandungan pedagogi PSK. Bagaimanapun, majoriti responden memperolehi
tahap kesediaan rendah terhadap pengetahuan kandungan dan tahap kesediaan sederhana
terhadap pengetahuan pedagogi, pengetahuan pedagogi khusus PSK, dan pengetahuan
tentang karakteristik murid. Dapatan juga menunjukkan bahawa tiada perbezaan yang
signifikan t (298) = .905, p> .05 antara guru yang mengajar aliran pengkhususan sains dan
sastera, tentang tahap kesediaan guru terhadap pengetahuan kandungan pedagogi PSK.
Seterusnya, dapatan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan t (298) =
5.365, p< .05, bagi tahap kesediaan guru terhadap pengetahuan kandungan pedagogi PSK
antara guru yang telah mengikuti latihan dan tanpa latihan. Selain itu, dapatan menunjukkan
bahawa terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap kesediaan guru terhadap pengetahuan
kandungan pedagogi berdasarkan tempoh pengalaman mengajar dengan ujian F (7,292) =
2.604, p<.05. Akhirnya, dapatan juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang
signifikan bagi tahap kesediaan guru terhadap pengetahuan kandungan pedagogi
berdasarkan tempoh pengalaman mengajar PSK dengan ujian F (4, 295) = 5.917, p <.05.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Thesis
(Masters)
|
Subject: |
Citizenship - Study and teaching (Secondary) - Terengganu - Case studies |
Subject: |
Civics - Study and teaching (Secondary) - Terengganu |
Subject: |
Civics, Malaysian - Study and teaching |
Call Number: |
FPP 2010 1 |
Chairman Supervisor: |
Abdul Rahman Md. Aroff, PhD |
Divisions: |
Faculty of Educational Studies |
Depositing User: |
Mohd Nezeri Mohamad
|
Date Deposited: |
13 Jun 2011 02:41 |
Last Modified: |
27 May 2013 07:48 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/11069 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |