Citation
Md Adam, Nur Faaizah and Yusop, Mohd Sharifudin
(2014)
Pemilihan bahasa masyarakat Jahut di Pahang.
Journal of Human Development and Communication, 3 (spec.).
pp. 141-161.
ISSN 2289-2702; eISSN: 3030-5055
Abstract
Masyarakat orang Asli merupakan kumpulan minoriti di Malaysia. Secara
rasminya, masyarakat orang Asli dibahagikan kepada tiga kumpulan besar
iaitu Negrito, Senoi dan Proto. Suku kaum Jahut tergolong dalam suku
masyarakat orang Asli Senoi. Kelompok Senoi merupakan kelompok orang
asli yang terbesar, diikuti oleh kelompok Melayu-Proto dan kelompok
Negrito. Sejumlah 4,717 orang Jahut terdapat di Pahang, khususnya di
daerah Temerloh. Sebilangan kecil terdapat di Perak dan Selangor. Bilangan
keseluruhan menurut Bancian JHEOA 2003 ialah seramai 5,104 orang
Jahut. Walaupun kelompok Senoi merupakan orang Asli yang terbesar,
tetapi mereka masih tergolong dalam kelompok minoriti berbanding
masyarakat lain seperti Melayu, India Cina dan diancam kepupusan.
Kepupusan dan kematian bahasa ini akan menyebabkan hilangnya seluruh
budaya dan cara kehidupan kaum yang menuturkannya. Oleh itu, penelitian
terhadap masyarakat Jahut ini sangat penting untuk mengelakkan
kepupusan seterusnya dapat menilai tahap bahasa Jahut dalam kalangan
mereka. Kajian ini memberi tumpuan terhadap penggunaan bahasa Jahut
yang dituturkan di Kampung Pian, Kuala Krau Pahang. Tujuan kajian ini
ialah menganalisis kesan pemilihan bahasa masyarakat Jahut dalam kalangan
masyarakat Jahut. Informan terdiri daripada penutur-penutur natif suku
kaum Jahut. Teori yang digunakan dalam kajian ini ialah teori Tipologi
Keterancaman Bahasa. Teori ini digunakan kerana bersesuaian dengan
aspek yang ingin dikaji. Pengkaji juga menggunakan pendekatan kualitatif
dan kuantitatif dalam kajian ini untuk mengkaji berkaitan dengan tingkah
laku bahasa masyarakat bahasa Jahut dengan menggunakan kaedah soal
selidik, pemerhatian dan rakaman. Data-data yang telah dikutip, dianalisis
dan dipaparkan dalam bentuk peratusan. Hasil dapatan yang diperolehi
daripada mandala kekeluargaan dan kemasyarakatan mendapati masyarakat
Jahut masih lagi memelihara bahasa mereka dan mampu melestarikan
bahasa mereka dengan baik. Kajian yang dilakukan ini diharapkan dapat
memberi maklumat tentang status dan tahap kelestariannya dalam kalangan
penutur natif masyarakat Jahut.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
 |
View Item |