UPM Institutional Repository

Pengurusan Kolaboratif di Sekolah Menengah Wilayah Persekutuan


Citation

Tang, Keow Ngang (2003) Pengurusan Kolaboratif di Sekolah Menengah Wilayah Persekutuan. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor berkaitan pengurusan kolaboratif di sekolah menengah Wilayah Persekutuan. Faktor-faktor yang dikaji ialah faktor-faktor demografi pengetua sekolah, saiz sekolah, tahap kecenderungan penggunaan sumber-sumber kuasa pengetua, gaya komunikasi penyeliaan pengetua, budaya kerja guru, tahap kebolehan guru serta struktur organisasi. Faktor-faktor demografi pengetua merangkumi jantina, etnik, latar belakang kelulusan akademik, pengalaman, dan umur. Kajian yang berbentuk tinjauan korelasi ini adalah berdasarkan 'Model Kitaran Pengurusan Kolaboratif Sekolah' oleh Caldwell dan Spinks (1988) dan 'Teori Sistem Empat Pengurusan' oleh Rensis Likert (1961). Sejumlah 310 orang guru dari 31 buah sekolah menengah Wilayah Persekutuan dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan rawak berlapis.


Download File

[img] Text
FPP_2003_15.pdf

Download (833kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Call Number: FPP 2003 15
Chairman Supervisor: Foo Say Fooi, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Mohd Nezeri Mohamad
Date Deposited: 13 Jun 2011 02:15
Last Modified: 16 May 2024 01:16
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/11042
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item