UPM Institutional Repository

Nilai politik yang membentuk budaya politik pengundi luar Kelantan di Lembah Klang


Citation

Mamat, Mazli and Ismail, Mohd Mahadee and Ku Samsu, Ku Hasnita and Adnan, Zatul Himmah (2023) Nilai politik yang membentuk budaya politik pengundi luar Kelantan di Lembah Klang. International Journal of Law, Government and Communication (IJLGC), 8 (32). 338 - 355. ISSN 0128-1763

Abstract

Makalah ini membincangkan mengenai nilai politik yang membentuk budaya politik dalam kalangan pengundi luar Kelantan yang menetap di Lembah Klang. Kajian terdahulu memperlihatkan pengundi luar Kelantan lebih cenderung mengundi PAS berbanding parti politik lain walaupun secara umumnya masyarakat di Lembah Klang tidak menyokong PAS seperti di Kelantan. Tingkah laku yang ditunjukkan oleh pengundi luar Kelantan ini amat menarik untuk dibincangkan bagi mengetahui nilai yang paling utama dalam susunan kedudukan nilai budaya politik mereka. Oleh itu, tujuan makalah ini adalah untuk menentukan perkaitan antara nilai politik tersebut dengan budaya politik kalangan pengundi luar Kelantan yang menetap di Lembah Klang. Kajian ini melibatkan seramai 403 orang pengundi luar Kelantan berbangsa Melayu, berumur 21 tahun dan ke atas yang menetap di Lembah Klang. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan menggunakan borang soal selidik. Responden kajian dipilih secara pensampelan bertujuan dan bola salji. Data kajian telah dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Hasil kajian menunjukkan pengundi luar Kelantan meletakkan nilai politik Islam sebagai nilai paling utama dalam susunan kedudukan nilai budaya politik mereka berbanding nilai politik yang lain. Pengundi luar Kelantan cenderung memberi sokongan kerana PAS didapati paling menepati aspirasi politik mereka yang ingin mendaulatkan Islam sebagai suatu cara hidup. Implikasi daripada kedudukan nilai politik ini menyebabkan pengundi luar Kelantan dijangka akan terus memberi sokongan padu dan menjadi simpanan tetap kepada PAS untuk kekal berkuasa sehinggalah berlaku perubahan dalam susunan keutamaan kedudukan nilai politik dalam budaya politik pengundi luar Kelantan.


Download File

Full text not available from this repository.
Official URL or Download Paper: http://www.ijlgc.com/archived.asm

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Human Ecology
DOI Number: https://doi.org/10.35631/IJLGC.832026
Publisher: Global Academic Excellence
Keywords: Budaya politik; Pengundi luar Kelantan; Pilihan raya; Sosialisasi politik; Konfigurasi
Depositing User: Ms. Zaimah Saiful Yazan
Date Deposited: 03 Sep 2024 07:54
Last Modified: 03 Sep 2024 07:54
Altmetrics: http://www;altmetric;com/details;php?domain=psasir;upm;edu;my&doi=10.35631/IJLGC.832026
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/110191
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item