Citation
Singkro, Asan
(1996)
Kaedah Pengajaran Penulisan Karangan Yang Digunakan Oleh Guru Bahasa Melayu Di Peringkat Menengah Atas Sekolah-Sekolah Di Samarahan, Sarawak.
[Project Paper Report]
Abstract
Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti kaedah pengajaran penulisan
karangan yang digunakan oleh guru yang mengajar Bahasa Melayu (BM) di peringkat
menengah atas. Tinjauan ke atas kaedah-kaedah yang digunakan oleh 40 orang guru
yang mengajar BM di kelas-kelas tingkatan empat dan tingkatan lima telah dijalankan
di 10 buah sekolah menengah di Bahagian Samarahan, Sarawak.
Data kajian telah diperoleh menggunakan 4 instrumen kajian, iaitu persedian
mengajar, pemerhatian pengajaran, temu bual dan soal selidik. Dapatan lGtiian
menunjukkan bahawa guru yang mengaJar BM di peringkat menengah atas di
sekolah-sekolah menengah di Bahagian Samarahan, Sarawak lazimnya
menggunakankan Kaedah Deduktif dan Kaedah Induktif. Selain daripada itu, mereka
juga pemah menggunakan tiga kaedah yang lain, iaitu Kaedah Proses, Kaedah Model Prosa dan Kaedah Pengalaman. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa prosedur
pengajaran kaedah yang lazim digunakan oleh guru dilaksanakan menggunakan 4
hingga 6 langkah utama. Tambahan daripada itu, guru BM berpendapat bahawa
Kaedah Deduktif dan Kaedah Induktif yang lazim digunakan oleh mereka itu
rnernpunyai kekuatan dan kelernahan yang tersendiri daripada perspektif pelajar, guru
dan pelaksanaannya. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa wujud perkaitan
antara bilangan kaedah pengajaran penulisan karangan yang pemah digunakan oleh
guru yang rnenga.Jar BM dengan pengalaman guru mengajar BM di peringkat
menengah atas, dan kursus dalarn perkhidmatan serta kursus dalarnan tentang
perkaedahan mengajar penulisan karangan yang pemah diikuti oleh rnereka, tetapi
tidak wujud perkaitan dengan profesional keguruan tertinggi guru dan buku tentang
perkaedahan rnengajar penulisan karangan yang pemah dibaca oleh guru.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |