UPM Institutional Repository

Sikap, persepsi dan tahap penerimaan bantuan bakul makanan dalam kalangan pengguna B40 di Daerah Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia


Citation

Zainal Badari, Shamsul Azahari and Zulkiflee, Nurul Farhanah and Jaafar, Nur Aqilah Amalina (2023) Sikap, persepsi dan tahap penerimaan bantuan bakul makanan dalam kalangan pengguna B40 di Daerah Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Jurnal Pengguna Malaysia, 39 (2). pp. 1-15. ISSN 1511-998X

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sikap, persepsi, dan tahap penerimaan mengenai bantuan bakul makanan dalam kalangan pengguna golongan B40. Seramai 200 pengguna B40 yang tinggal di Seremban, Negeri Sembilan, telah dipilih melalui persampelan bertujuan bagi menjawab borang soal selidik sebagai instrumen utama kajian. Hasil analisis deskriptif, yang mentafsirkan purata skor bagi setiap pembolehubah, menunjukkan bahawa responden mempunyai tahap persepsi positif yang tinggi mengenai program bantuan bakul makanan. Walau bagaimanapun, sikap dan tahap penerimaan responden terhadap bantuan bakul makanan didapati memuaskan. Hasil analisis korelasi Pearson menunjukkan hubungan yang kuat dan signifikan antara sikap (r = 0.218; p = 0.002) dan persepsi (r = 0.427; p = 0.00) dengan tahap penerimaan bantuan bakul makanan. Secara umumya, hasil kajian ini menggambarkan kepentingan pembentukan sikap dan persepsi yang baik bagi meningkatkan tahap penerimaan program bantuan bakul makanan. Pihak kerajaan dan agensi berkaitan juga dapat menjadikan hasil kajian sebagai rujukan bagi penambaikan program sedia ada dengan tujuan memastikan keterjaminan makanan dalam kalangan pengguna B40 di Malaysia.


Download File

Full text not available from this repository.
Official URL or Download Paper: https://macfea.com.my/jilid-2-vol-39-dec-2023/

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Human Ecology
Publisher: Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia
Keywords: Level of acceptance; Attitude; Perception; Food basket assistance; B40 consumer
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 05 Aug 2024 03:06
Last Modified: 05 Aug 2024 03:06
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/109410
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item