Citation
Abstract
Pemerkasaan peranan guru pertanian dalam membuat keputusan peringkat sekolah berpotensi untuk meningkatkan semangat berpasukan dan membentuk keputusan yang berkualiti ke arah pembaikan sekolah. Kajian tinjauan secara cross-sectional ini telah dijalankan untuk meneroka kesan interaksi faktor demografi terhadap amalan penglibatan guru pertanian Malaysia dalam membuat keputusan peringkat sekolah. Antara faktor demografi yang terpilih ialah jantina dan peringkat kelulusan pendidikan tertinggi dalam kalangan guru pertanian di Malaysia. Tahap amalan penglibatan dalam membuat keputusan di sekolah juga dikenal pasti berdasarkan persepsi guru pertanian Malaysia. Seramai 352 orang guru pertanian yang berkhidmat di sekolah menengah kebangsaan telah dipilih secara rawak dari seluruh Malaysia sebagai responden. Setiap responden menerima edaran borang soal selidik melalui khidmat pos untuk tujuan pengumpulan data. Dapatan menekankan bahawa majoriti guru pertanian Malaysia mengalami tahap penglibatan dalam membuat keputusan yang rendah di sekolah. Kajian turut mendapati amalan penglibatan dalam membuat keputusan yang belum mencapai tahap maksimum cederung berinteraksi dengan faktor jantina dan peringkat kelulusan pendidikan tertinggi dalam kalangan guru pertanian Malaysia. Justeru, faktor demografi berkenaan wajar menjadi tumpuan usaha penambahbaikan bagi meningkatkan penglibatan guru pertanian Malaysia dalam membuat keputusan di sekolah. Kajian ini mengesyorkan agar pemimpin sekolah mengenal pasti keperluan guru pertanian mengikut faktor demografi terpilih dahulu supaya memudahkan penjajaran amalan penglibatan dalam membuat keputusan di sekolah menengah kebangsaan seluruh Malaysia.
Download File
Full text not available from this repository.
Official URL or Download Paper: https://hrmars.com/index.php/IJARBSS/article/view/...
|
Additional Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Divisions: | Faculty of Educational Studies |
DOI Number: | https://doi.org/10.6007/IJARBSS/v13-i12/20384 |
Publisher: | Human Resource Management Academic Research Society |
Keywords: | Agricultural educator; Teacher involvement; Teacher empowerment; Joint decision makers; Shared planning |
Depositing User: | Ms. Nur Faseha Mohd Kadim |
Date Deposited: | 05 Aug 2024 04:28 |
Last Modified: | 05 Aug 2024 04:28 |
Altmetrics: | http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.6007/IJARBSS/v13-i12/20384 |
URI: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/109346 |
Statistic Details: | View Download Statistic |
Actions (login required)
View Item |