UPM Institutional Repository

Realiti letusan gunung berapi Tambora 1815 dalam syair


Citation

Hamdan, Rahimah and Sujud, Arba’ie and Ali, Abdul Halim (2023) Realiti letusan gunung berapi Tambora 1815 dalam syair. Malaysian Journal of Society and Space, 19 (2). pp. 200-216. ISSN 2682-7727

Abstract

Kajian bertujuan membincangkan realiti peristiwa letusan Gunung Berapi Tambora pada 1815 di Sumbawa, Indonesia yang dirakam dalam bentuk syair menurut konteks realisme. Letusan gunung berapi tersebut telah mengorbankan banyak nyawa dan membawa kemusnahan alam sekitar pada skala besar. Dokumen yang diperolehi berhubung bencana alam ini hanyalah menerusi catatan kolonial Barat dan terkarang dalam sebuah puisi bertajuk Syair Kerajaan Bima. Ironinya, para sarjana Barat menolak syair sebagai medium rakaman realiti menurut realisme yang menjadi asas kemodenan sastera Barat tetapi menggunakan bentuk ini menerusi Syair Singapura Terbakar untuk mendapatkan maklumat peristiwa kebakaran besar di Singapura pada 1830. Pentingnya syair yang mencatat peristiwa sejarah memotivasikan kajian ini untuk dilakukan. Justeru, objektif kajian adalah untuk mengenalpasti ciri-ciri realisme menurut kemodenan sastera Melayu dan menganalisis unsur realisme dalam syair berdasarkan peristiwa letusan Gunung Berapi Tambora pada 1815. Dengan menggunakan metod analisis teks, kajian menggunakan Syair Kerajaan Bima dengan tumpuan terhadap episod letusan Gunung Berapi Tambora pada 1815. Dapatan kajian mendapati unsur realisme yang menekankan kepada logik (peristiwa sehari-hari atau semasa) menepati kandungan syair ini. Secara langsung membuktikan bahawa bentuk puisi (syair) merakamkan peristiwa letusan Gunung Berapi Tambora dengan tepat dan rinci yang dimurnikan dengan penggunaan bahasa pelambangan. Rumusannya, peristiwa bencana letusan Gunung Berapi Tambora dalam Syair Kerajaan Bima lebih memberi kesan kepada khalayaknya menerusi penggunaan bahasa yang indah tanpa mengenepikan kebenaran fakta yang sangat penting dalam penentuan kebenaran sejarahnya.


Download File

Full text not available from this repository.
Official URL or Download Paper: https://ejournal.ukm.my/gmjss/article/view/61054

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
DOI Number: https://doi.org/10.17576/geo-2023-1902-14
Publisher: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)
Keywords: Abdullah Munshi; Mount Tambora eruption 1815; Realism; Syair; Syair Kerajaan Bima
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 22 Aug 2024 02:35
Last Modified: 22 Aug 2024 02:35
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.17576/geo-2023-1902-14
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/109266
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item