UPM Institutional Repository

Meneroka proses m-pembelajaran dalam kalangan pelajar dewasa program prasiswazah pendidikan jarak jauh (PJJ) di sebuah universiti awam


Citation

Abd Halim, Noor Shuhada and Abd Rahim, Nur Aira (2023) Meneroka proses m-pembelajaran dalam kalangan pelajar dewasa program prasiswazah pendidikan jarak jauh (PJJ) di sebuah universiti awam. International Journal of Education and Training, 9 (spec.). pp. 1-17. ISSN 2462-2079

Abstract

Keazaman pelajar dewasa untuk memperolehi ilmu dan kemahiran yang tinggi bagi kemajuan diri dan kerjaya dapat dilihat melalui penglibatan mereka dalam pembelajaran sepanjang hayat (PSH) melalui pendidikan jarak jauh (PJJ). Pendidikan jarak jauh merupakan medium yang sesuai untuk menyokong pembelajaran serta pada masa yang sama dapat memikul tanggungjawab kerja dan keluarga dalam usaha membangunkan potensi diri mereka. Namun, kekangan interaksi dan perjumpaan secara bersemuka bagi proses pembelajaran membuatkan pelajar PJJ berasa terasing dan kesepian dalam usaha memperolehi ilmu dan kemahiran untuk pembangunan diri mereka. Perasaan keterasingan dan kesepian ini secara tidak lansung menyebabkan pelajar merasa ketinggalan dalam pembelajaran dan memberikan impak negatif dalam pencapaian pembelajaran mereka disebabkan kurangnya interaksi bersemuka antara pelajar dan pengajar. Sehubungan dengan itu, penggunaan teknologi seperti pembelajaran mudah alih atau m-pembelajaran yang digunakan secara berleluasa dalam dunia pendidikan masa kini amat sesuai dengan situasi pelajar dewasa PJJ untuk melaksanakan pembelajaran mereka dengan lebih fleksibel dan membolehkan berlakunya interaksi tanpa mengira sempadan. Oleh itu, kajian ini ingin meneroka dengan lebih mendalam mengenai keseluruhan proses pembelajaran oleh pelajar PJJ secara m-pembelajaran berdasarkan kelebihanya seperti mudah dan pantas dalam memperolehi maklumat serta melaksanakan pembelajaran tanpa limitasi tempat dan masa. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan melaksanakan temu bual secara bersemuka atau secara atas talian terhadap 11 orang informan. Kajian ini juga menggunakan Konsep Framework for the Rational Analysis of Mobile Education (FRAME) sebagai panduan dalam menganalisis dengan jelas proses m-pembelajaran pelajar PJJ. Hasil kajian menunjukkan bahawa 11 informan kajian ini bersetuju bahawa medium m-pembelajaran dapat menyokong dan memberi kebebasan kepada mereka untuk melaksanakan pembelajaran di mana-mana sahaja yang bersesuaian dengan situasi pelajar PJJ yang perlu memikul pelbagai komitmen seperti kerja dan keluarga dalam masa yang sama ingin memperolehi ilmu dan kemahiran bagi pembangunan diri dan kerjaya. Di samping itu, hasil kajian juga mendapati bahawa m-pembelajaran merupakan medium komunikasi yang utama dan aktif dalam pembelajaran PJJ yang membolehkan pelajar menerima sokongan pensyarah dan rakan untuk mengelakkan rasa keterasingan dan kesepian dalam diri pelajar PJJ. Implikasi kajian ini adalah dapat memberikan pendedahan dan cadangan penambahbaikan dari segi kualiti sistem m-pembelajaran iaitu Video on Demand (VOD) kepada pihak berkaitan mengikut keperluan dan kesejahteraan pelajar. Kesimpulannya, kajian ini adalah dapat memberikan pengetahuan atau panduan dengan lebih jelas terhadap penggunaan m-pembelajaran kepada pelajar dewasa akan datang yang berniat ingin membangunkan potensi diri dan kerjaya melalui PJJ.


Download File

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Universiti Putra Malaysia Press
Keywords: Distance education student (DE); M-learning; Lifelong learning
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 14 Oct 2024 07:43
Last Modified: 14 Oct 2024 07:43
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/109263
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item