Citation
Abstract
Santau ialah sejenis bahan sihir yang disediakan daripada ramuan-ramuan bagi tujuan menyakiti dan mencederakan seseorang; dipuja melaui mantera-mantera dan kaedah tertentu bagi menghadirkan jin untuk menyeksa mangsa sehingga ada yang mati perlahan-lahan dalam kesengsaraan. Boleh dikatakan santau diamalkan hampir di semua negara-negara Asia Tenggara, hanya mungkin dengan nama yang berbeza-beza; di Indonesia ia dikenali sebagai “santet”. Artikel ini bertujuan mengenal pasti kesan teknik ‘Tepuk Daun Nangka’ sebagai kaedah rawatan yang kompeten, sistematik dan komprehensif terhadap pesakit santau, dalam memenuhi keperluan Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K). Kajiankes ke atas seorang lelaki Melayu, berusia 42 tahun yang bertugas di sebuah agensi kerajaan dengan simptom terkena santau yang serius, adalah dibincangkan. Mangsa mengalami keadaan najis berwarna hitam pekat, tidur malam yang sering terganggu akibat badantiba-tiba terasa panas dan berasa gelisah. Pada minggu ketiga, mangsa mendapati sedikittitisan darah daripada bahagian tekak, pernafasan menjadi tidak selesa, emosi terganggu sepeti kurang sabar dan mudah naik angin. Pada bulan-bulan pertama menjalani rawatan, beberapa tindak balas telah berlaku pada badan mangsa, seperti timbul ruam yang banyak. Selepas dua kali mendapatkan rawatan ‘Tepuk Daun Nangka’ (kaedah ruqyah atau doa) daripada Tuan Haji Mokhtar Kassan, mangsa mula merasakan perubahan positif padatahap kesihatannya. Mangsa diberi minum air rebusan daun dukung anak sebagai ubat dalaman untuk menghilangkan batuk, mencuci perut, memudahkan bahan-bahan santau keluar, menambah selera makan dan bagi memulihkan tenaga. Selepas beberapa kali mendapatkan rawatan darpada Tuan Haji Mokhtar Kassan, keadaan magsa telah pulih sepenuhnya. Peningkatan tahap kesihatan yang luar biasa berlaku selepas dua kali menjalani rawatan. Selain daripada memberikan hasil positif, kaedah rawatan ‘Tepuk Daun Nangka’ sebagai Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) adalah sistematik serta mampu memulihkan kesihatan tubuh badan mangsa santau dengan segera. Impak kajian adalah untuk menyediakan satu kaedah rawatan khusus bagi mangsa santau yang sistematik dan komprehensif, serta melahirkan perawat Islam yang pakar, patuh syariah dengan mematuhi keperluan Akta 775 (Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari, 2016).
Download File
Full text not available from this repository.
Official URL or Download Paper: https://www.e-jurnal.yadim.com.my/index.php/jurnal...
|
Additional Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Divisions: | Faculty of Human Ecology |
DOI Number: | https://doi.org/10.61465/jurnalyadim.v3i1.117 |
Publisher: | YADIM Research Management Centre |
Keywords: | Santau; “Teknik Tepuk Daun Nangka”; Treatment; Genie; Traditional and complementary medicine; Act 775 |
Depositing User: | Ms. Nur Faseha Mohd Kadim |
Date Deposited: | 20 Aug 2024 06:42 |
Last Modified: | 20 Aug 2024 06:42 |
Altmetrics: | http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.61465/jurnalyadim.v3i1.117 |
URI: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/109249 |
Statistic Details: | View Download Statistic |
Actions (login required)
![]() |
View Item |