Citation
Abstract
Pengurusan air sisa secara lestari adalah sangat penting bagi melahirkan persekitaran yang selamat dan bersih, menjaga kesihatan awam, dan memelihara sumber air dengan baik. Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengetahui kesediaan membayar isi rumah berkaitan usaha penambahbaikan perkhidmatan rawatan air sisa di Malaysia. Sejumlah 600 orang responden di Selangor telah dipilih secara rawak berpandukan soal selidik Kaedah Eksperimen Pilihan Diskret (DCE) yang digunakan oleh kajian ini. Berdasarkan perbincangan yang diadakan oleh Kumpulan Berfokus, beberapa atribut telah dikenal pasti seperti kualiti air sungai (sedikit tercemar dan bersih), peningkatan kualiti enap cemar (80% dan 90%), standard masa pembaikan (12 jam dan 24 jam), jarak loji (50-100 meter dan 100-150 meter), dan bayaran tambahan bulanan (RM1, RM3, dan RM5) untuk dipertimbangkan dalam model DCE. Manakala dari segi penganggaran nilai lebihan terpampas, rata-rata isi rumah bersedia untuk membayar harga premium bagi mendapatkan semua penambahbaikan atribut rawatan airsisa yang dimodelkan, iaitu 54 peratus berbanding kadar semasa. Hasil kajian yang diperoleh boleh dijadikan sebagai asas untuk mendukung pembekal perkhidmatan dan badan kerajaan dalam menentukan strategi pengurusan air sisa yang lebih bermanfaat kepada para pengguna.
Download File
Full text not available from this repository.
Official URL or Download Paper: https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/articl...
|
Additional Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Divisions: | Faculty of Human Ecology |
DOI Number: | https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i3.2205 |
Publisher: | Secholian Publication |
Keywords: | Wastewater treatment; Choice modelling (CM); Discrete choice experiment (DCE); Willingness to pay |
Depositing User: | Ms. Nur Faseha Mohd Kadim |
Date Deposited: | 14 Oct 2024 07:45 |
Last Modified: | 14 Oct 2024 07:45 |
Altmetrics: | http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.47405/mjssh.v8i3.2205 |
URI: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/109194 |
Statistic Details: | View Download Statistic |
Actions (login required)
View Item |