UPM Institutional Repository

Pengaruh tekanan akademik, keyakinan tingkah laku akademik dan kebimbangan dalam kalangan pelajar universiti


Citation

Ahmad, Sa'odah and Abdul Latif, Nur Fatihah (2023) Pengaruh tekanan akademik, keyakinan tingkah laku akademik dan kebimbangan dalam kalangan pelajar universiti. EDUCATUM – Journal of Social Science, 9 (2). pp. 13-22. ISSN 2289-9391; ESSN: 2462-2443

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubunganantara tekanan akademik, keyakinan tingkah laku akademik dan kebimbangan dalam kalangan pelajar universiti.Reka bentuk kajian ini adalah bukan eksperimen dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Kaedah tinjauantelah digunakan untuk pengumpulan data. Terdapat 209 pelajar yang terlibat dalam kajian dan mereka telah dipilih melalui persampelan rawak berstrata. Skala Persepsi Tekanan Akademik (PAS) telah digunakan untuk mengukur tekanan akademik, Skala Keyakinan Tingkah Laku Akademik telah digunakan untuk mengukur keyakinan akademik dan Skala Kemurungan, Kebimbangan dan Tekanan (DASS-21) (skala kebimbangan)telah digunakan untuk mengukur tahap kebimbangan pelajar. Hasil kajian menunjukkanmajoriti responden mempunyai tekanan akademik tahapsederhanadan keyakinan tingkah laku akademik tahap rendah.Tekanan akademik dan keyakinan tingkah laku akademik didapati mempunyai hubunganyang positifdan sederhanadengan kebimbangan pelajar. Hasil analisis regresipula menunjukkan tekanan akademik merupakan peramalpaling mempengaruhi kebimbangan pelajar.Implikasi kajian menunjukkan bahawauntuk meningkatkan kesejahteraan pelajar, sebarang langkah intervensi menangani kebimbangan perlulah memberi perhatiankepada faktor tekananakademik dan keyakinan tingkah laku akademik.


Download File

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Human Ecology
DOI Number: https://doi.org/10.37134/ejoss.vol9.2.2.2023
Publisher: Universiti Pendidikan Sultan Idris Press
Keywords: Academic stress; Academic behavioural confidence; Anxiety; University students; Wellbeing
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 14 Oct 2024 07:44
Last Modified: 14 Oct 2024 07:44
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.37134/ejoss.vol9.2.2.2023
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/109180
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item