UPM Institutional Repository

Tingkah laku isi rumah terhadap penambahbaikan perkhidmatan rawatan air sisa di Selangor, Malaysia


Citation

Munusami, Chandramalar and Zainudin, Norzalina and Govindan, Santhi and Md Yusop, Hamidah (2023) Tingkah laku isi rumah terhadap penambahbaikan perkhidmatan rawatan air sisa di Selangor, Malaysia. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 8 (3). art. no. e002174. pp. 1-13. ISSN 2504-8562

Abstract

Sistem pembetungan yang efisien dan moden adalah sangat mustahak bagi melahirkan persekitaran yang selamat dan bersih, memelihara sumber air, dan melindungi kesihatan awam. Namun begitu, negara menghadapi isu pencemaran air yang berkait rapat dengan pembebasan efluen yang tidak dirawat. Penyelidikan ini bertujuan untuk menilai kesahan dan kebolehpercayaan instrumen model tingkah laku isi rumah terhadap peningkatan perkhidmatan rawatan air sisa. Hubung kait antara empat pemboleh ubah penting iaitu kesedaran terhadap alam sekitar, sikap isi rumah, persepsi terhadap Indah Water Konsortium (IWK), dan kesanggupan membayar telah dikaji menerusi kaedah Pemodelan Persamaan Struktur (SEM). Lima hipotesis kajian yang dibangunkan telah diuji menggunakan pakej statistik Analysis of Moment Structures (AMOS) Versi 18. Nilai Tucker Lewis Index (TLI), Comparative Fit Index (CFI), dan Root Mean Square Error of Approximation (RMSEA) pula telah diguna pakai untuk mengekalkan atau menggugurkan item-item yang berkaitan. Hasil ujian ke atas model struktur membuktikan bahawa wujudnya hubungan positif antara kesedaran terhadap alam sekitar, sikap isi rumah, dan persepsi terhadap IWK dengan kesanggupan membayar. Dapatan kajian ini boleh diterapkan sebagai dasar untuk menambah baik polisi alam sekitar dan pengendalian air sisa di Malaysia.


Download File

Full text not available from this repository.
Official URL or Download Paper: https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i3.2174

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Human Ecology
DOI Number: https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i3.2174
Publisher: Secholian Publication
Keywords: Wastewater treatment; Structural equation modeling; Behavior theory; Willingness to pay; Malaysia
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 14 Oct 2024 07:51
Last Modified: 14 Oct 2024 07:51
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.47405/mjssh.v8i3.2174
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/109134
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item