UPM Institutional Repository

Kajian Tinjauan Persepsi Guru Terhadap Peranan Kenaziran Jemaah Nazir Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia


Citation

Ismail, Normah (1999) Kajian Tinjauan Persepsi Guru Terhadap Peranan Kenaziran Jemaah Nazir Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. [Project Paper Report]

Abstract

Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mendapatkan persepsl guru-guru terhadap peranan kenaziran Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia. Populasi kajian ini adalah terdiri daripada semua guru iaitu Pengetua/Guru Besar, Guru-guru kanan dan guru-guru mata pelajaran yang telah melalui Pemeriksaan Penuh di Negeri Selangor. Seramai 219 daripada 252 guru yang terlibat sebagai responden kajian ini telah memulangkan soal selidik dengan lengkap. Data telah dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif peratus min, sisihan piawai, peratusan dan frekuensi. Dapatan kajian menunjukkan 83.2% daripada 2 1 9 responden mengetahui peranan kenaziran Jemaah Nazir Sekolah. Persepsi guru terhadap peranan kenaziran pula menunjukkan tahap setuju dengan nilai min 4. 1 0. Guru juga mempunyai persepsi yang tinggi terhadap keberkesanan peranan kenaziran dengan nilai min melebihi 3 .4. Kajian Inl pada keseluruhannya membuat kesimpulan bahawa kebanyakkan guru mempunyai pengetahuan yang tinggi, mempunyai sikap setuj u dan berpuashati terhadap peranan kenaziran Jemaah Nazir Sekolah. Bagaimanapun terdapat beberapa cadangan guru yang patut diambil kira oleh Jemaah Nazir Sekolah semasa menjalankan pemeriksaan ke sekolah-sekolah. Pendekatan semasa menjalankan tugas pemeriksaan perlu diubah agar dapat menangani cabaran-cabaran terbaru dalam pendidikan.


Download File

[img] PDF
FPP_1999_53_A.pdf

Download (903kB)

Additional Metadata

Item Type: Project Paper Report
Subject: School supervisors - Malaysia - Case studies
Call Number: FPP 1999 53
Chairman Supervisor: Dr. Mohd Majid Bin Konting
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Mohd Nezeri Mohamad
Date Deposited: 25 May 2011 07:49
Last Modified: 25 Jul 2011 08:07
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10880
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item