Citation
Abstract
Kepemimpinan adalah aspek yang penting untuk kejayaan jangka masa panjang kepada organisasi sekolah kerana berupaya mempengaruhi tahap motivasi guru. Guru besar boleh mengamalkan pelbagai gaya kepemimpinan untuk mempengaruhi motivasi guru dalam menggerakkan organisasi dengan berkesan. Namun, berdasarkan beberapa kajian lepas melaporkan bahawa terdapat beberapa ketidakpastian terhadap hubungan di antara gaya kepemimpinan dengan motivasi guru di beberapa buah sekolah. Oleh itu, matlamat kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan gaya kepemimpinan transformasional dan instruksional guru besar dengan motivasi guru di beberapa buah sekolah rendah. Kajian kuantitatif deskriptif ini dijalankan melalui kaedah kaji selidik menggunakan Principal Instructional Management Rating Scale (PIMRS) oleh Hallinger (2013) untuk gaya Instruksional, Multifactor Leadership Questionnaire (MLQ) untuk gaya kepemimpinan transformasional, dan untuk mengukur motivasi guru pula A Questionnaire Measure of Individual Differences in Tendency (QMAT) digunakan. Data dianalisis menggunakan kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai, dan analisis korelasi Pearson dengan penentuan = 0.05. Hasil analisis kajian menunjukkan respons guru di sekolah rendah di zon timur iaitu Kelantan, Terengganu, dan Pahang terhadap gaya kepemimpinan guru besar berada pada tahap yang memuaskan. Kajian juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepemimpinan guru besar sekolah terhadap motivasi guru. Kajian ini menyokong dapatan kajian lain, di mana gaya kepemimpinan guru besar mempengaruhi motivasi guru. Oleh itu, dapatan kajian ini juga boleh dijadikan panduan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dan guru besar terutamanya berkaitan dengan amalan kepemimpinan yang berpotensi mempengaruhi motivasi guru di sekolah. Justeru itu, kajian ini juga dapat memberi maklumat tentang kelebihan kepemimpinan transformasional dan kepemimpinan instruksional yang ditekankan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Download File
Full text not available from this repository.
Official URL or Download Paper: http://www.injet.upm.edu.my/index.php/archives/vol...
|
Additional Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Divisions: | Faculty of Educational Studies |
Publisher: | UPM Press |
Keywords: | Transformational leadership style; Instructional leadership style; Teachers’ motivation |
Depositing User: | Ms. Zaimah Saiful Yazan |
Date Deposited: | 20 Jun 2024 03:44 |
Last Modified: | 20 Jun 2024 03:44 |
URI: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/108214 |
Statistic Details: | View Download Statistic |
Actions (login required)
View Item |