UPM Institutional Repository

Hubungan antara regulasi emosi dan resiliensi dalam kalangan dewasa muda di Malaysia


Citation

Mohd Jamil, Aifaa and Muyang, Rebecca Eva and Siaw, Siaw Leng Chan (2023) Hubungan antara regulasi emosi dan resiliensi dalam kalangan dewasa muda di Malaysia. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 8 (50). 309 - 325. ISSN 0128-164X

Abstract

Regulasi emosi dan resiliensi merupakan indikator yang berupaya menunjukkan kefungsian psikologikal golongan dewasa muda pada tahap yang efektif. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara regulasi emosi dan resiliensi dalam kalangan dewasa muda di Malaysia. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Saiz sampel untuk kajian ini adalah seramai 123 responden yang terdiri daripada 75.60 (93 orang) responden perempuan dan 24.40 (30 orang) responden lelaki. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan positif yang sederhana di antara regulasi emosi (i.e., reappraisal) dengan resiliensi dalam kalangan dewasa muda di Malaysia. Hasil kajian turut menunjukkan kognitif yang rasional berupaya mempengaruhi dalam memberi semangat yang positif kepada dewasa muda. Seterusnya, dapatan kajian untuk tahap regulasi emosi golongan dewasa muda di Malaysia menunjukkan bahawa terdapat bilangan tahap regulasi emosi sederhana tinggi yang dihadapi oleh golongan dewasa muda apabila berdepan dengan cabaran dalam konflik kehidupan. Ini menunjukkan bahawa dewasa muda mempunyai emosi yang dialami berdasarkan kepada situasi kehidupan yang dilalui. Hasil kajian ini boleh menyumbang kepada pembangunan intervensi yang berkaitan dengan regulasi emosi dan resiliensi. Implikasi kajian dan rekomendasi kajian masa hadapan turut dibincangkan.


Download File

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Humanities, Management and Science
DOI Number: https://doi.org/10.35631/IJEPC.850023
Publisher: Global Academic Excellence
Keywords: Resilience; Young adult; Malaysia; Emotion regulation; Resiliency
Depositing User: Ms. Zaimah Saiful Yazan
Date Deposited: 20 Jun 2024 03:48
Last Modified: 20 Jun 2024 03:48
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.35631/IJEPC.850023
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/108213
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item