UPM Institutional Repository

Fasal-fasal pencetus keharmonian hubungan sesama manusia dalam Undang-Undang 99 Perak


Citation

Noor Muhammad, Salmah Jan and Mohamad, Zulkifli (2021) Fasal-fasal pencetus keharmonian hubungan sesama manusia dalam Undang-Undang 99 Perak. International Journal of the Malay World and Civilisation, 11 (1). pp. 19-30. ISSN 2289-1706; ESSN: 2289-4268

Abstract

Makalah ini membincangkan fasal-fasal pencetus keharmonian hubungan sesama manusia dalam Undang-Undang 99 Perak. Undang-undang 99 Perak merupakan karya agung Melayu yang ditulis pada zaman pemerintahan kesultanan Perak sebagai panduan atau kiat kepada pemerintah Perak untuk menjalankan tugas sebagai pemimpin tertinggi kerajaan bagi mentadbir urus pemerintahan yang adil dan saksama. Undang-Undang 99 Perak merangkumi undangundang pentadbiran dan pemerintahan, undang-undang jenayah, undang-undang keluarga dan masyarakat serta undang-undang perkahwinan. Pembahagian ini adalah berdasarkan kepada penyelesaian isu yang dihadapi oleh rakyat jelata bagi mengekalkan keharmonian dalam kerajaan. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti fasal-fasal dominan tentang keharmonian hubungan sesama manusia dan menganalisis cara atau kaedah kehormanian tersebut dibentuk oleh golongan pemerintah dan pembesar. Bagi mencapai objektif penulisan, kaedah kepustakaan dan analisis teks telah digunakan. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat fasal-fasal dalam Undang-Undang 99 Perak yang dapat mencetuskan keharmonian dengan penglibatan secara berangkai antara raja, pembesar dan juga rakyat jelata. Dengan adanya kajian seperti ini, diharapkan dapat memberi sumbangan kepada pengkaji undang-undang untuk mengetahui isi kandungan yang terdapat dalam manuskrip bergenre seperti ini dan seterusnya membuka ruang pengkajian dari sudut lain yang dapat diterokai bagi melestari pengkajian manuskrip Melayu lama.


Download File

Full text not available from this repository.
Official URL or Download Paper: https://ejournal.ukm.my/jatma/article/view/72687

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
DOI Number: https://doi.org/10.17576/jatma-2023-1101-03
Publisher: Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Malay Masterpieces; Harmony; Malay manuscript; Perak Malay Sultanate; The Ninety-Nine Laws of Perak
Depositing User: Ms. Zaimah Saiful Yazan
Date Deposited: 26 Sep 2024 04:31
Last Modified: 26 Sep 2024 04:31
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.17576/jatma-2023-1101-03
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/107985
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item