Citation
Abstract
Isu pelanggaran integriti dalam PDRM bukanlah suatu permasalahan baharu. Statistik pelanggaran integriti melalui jumah Kertas Siasatan Tatatertib (KST) melibatkan pelbagai jawatan anggota PDRM masih berlaku hingga kini. Sehubungan itu, kajian bertujuan mengkaji faktor pelanggaran integriti anggota PDRM. Kajian menggunakan reka bentuk kajian kualitatif dengan pendekatan kajian kes. Strategi pensampelan kajian menggunakan teknik pensampelan bertujuan. Kelompok informan merupakan Pegawai Rendah Polis (PRP) yang terdiri daripada anggota PDRM pelbagai pangkat. Kawasan kajian melibatkan Kontinjen Selangor. Teknik pengumpulan data melalui perbincangan kumpulan fokus (PKF) dilaksanakan terhadap anggota PDRM bagi mengkaji faktor pelanggaran integriti. Data kajian dikumpul melalui Borang Protokol Temu Bual Separa Struktur. Data PKF dianalisis menggunakan teknik analisis tematik melibatkan tema utama berfokus kepada objektif kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor pelanggaran integriti berlaku dalam kalangan anggota PDRM disebabkan oleh salah laku dan masalah disiplin. Anggota PDRM menunjukkan kefahaman yang baik terhadap integriti organisasi. Pelanggaran integriti melibatkan anggota PDRM seperti menerima rasuah, tidak mengiringi Orang Kena Tuduhan (OKT) dengan cermat, pemerasan terhadap orang awam, keberhutangan, penyalahgunaan dadah dan tidak mencatat pergerakan kerja dalam diari. Faktor pelanggaran integriti memerlukan mekanisma kawalan dari segi perundangan dan pencegahan. Kajian memberi implikasi kepada JIPS, PDRM untuk merangka program kesedaran yang dapat meningkatkan integriti dalam kalangan warga PDRM.
Download File
Full text not available from this repository.
Official URL or Download Paper: https://ejournal.ukm.my/ebangi/article/view/63301/...
|
Additional Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Divisions: | Faculty of Human Ecology |
DOI Number: | https://doi.org/10.17576/ebangi.2023.2002.25 |
Publisher: | Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press) |
Keywords: | RMP; Integrity violation; Focus group discussion; Junior police officers; Qualitative |
Depositing User: | Ms. Zaimah Saiful Yazan |
Date Deposited: | 26 Sep 2024 04:26 |
Last Modified: | 26 Sep 2024 04:26 |
Altmetrics: | http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.17576/ebangi.2023.2002.25 |
URI: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/107977 |
Statistic Details: | View Download Statistic |
Actions (login required)
View Item |