UPM Institutional Repository

Penggunaan Pengurusan Kualiti Menyeluruh Dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS)


Citation

Darianto, (2001) Penggunaan Pengurusan Kualiti Menyeluruh Dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Industri Kecil dan Sederhana OKS) merupakan satu sektor terpenting dalam pembangunan negara. Sumbangan yang diberikan daripada sektor ini bukan hanya sebagai penyediaan lapangan pekerjaan, pemerata pembangunan khususnya diluar bandar, bahkan telah menjadi tulang belakang perekonomian negara. Dalam era globalisasi saat ini, IKS menghadapi cabaran besar khususnya dibidang kualiti samaada kualiti produk mahupun pelayanan. Cabaran tersebut datang daripada negara-negara maju dimana mereka telah memasarkan produk-produk berkualiti serta pelayanan yang sangat memuaskan. Kualiti produk dan pelayanan tersebut diperolehi daripada pelaksanaan pengurusan kualiti. Oleh sebab itu kajian ini ditujukan kepada penggunaan konsep pengurusan kualiti. Kajian dilakukan dengan menggunakan soal selidik untuk mengetahui pelaksanaan pengurusan kualiti dan dikirim kepada 540 IKS dibawah kordinasi perbadanan industri kecil dan sederhana (SMIDEC) Malaysia. Kajian dilakukan kepada penggunaan 19 alat dan teknik yang terdapat dalam konsep pengurusan kualiti menyeluruh. Hasil survey mendapati bahawa 96.5 peratus IKS telah menggunakan konsep pengurusan kualiti dan sebanyak 65.5 peratus diantaranya hanya mampu menggunakan satu hingga enam alat dan teknik sahaja. Tiga diantaranya merupakan alat dan teknik yang lebih popular iaitu cadangan pekerja, kumpulan peningkatan kualiti, kumpulan berdasarkan penghargaan dengan peratusan 72.4 %, 72.4 %, dan 70.6 %. Sementara tiga yang berikutnya adalah CAD, Kaedah statistik, dan Pemeliharaan secara menyeluruh dengan peratusan 44.8 %, 44.8 %, dan 43.1%. Untuk itu dicadangkan agar IKS dapat meningkatkan kemampuan sumber manusia sehingga mampu menggunakan keseluruhan alat dan teknik dalam mewujudkan kualiti.


Download File

[img] PDF
FK_2001_10_A.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Quality control
Subject: Small business - Management
Call Number: FK 2001 10
Chairman Supervisor: Associate Professor Dr. Ir. Md. Yusof Ismail
Divisions: Faculty of Engineering
Depositing User: Nur Kamila Ramli
Date Deposited: 23 May 2011 01:53
Last Modified: 23 May 2011 01:55
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10750
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item