Simple Search:

Kepuasan Kerja Pensyarah Diploma Perguruan Malaysia di Maktab Perguruan Islam Bangi


Citation

Abdullah, Rusli (1997) Kepuasan Kerja Pensyarah Diploma Perguruan Malaysia di Maktab Perguruan Islam Bangi. [Project Paper Report]

Abstract / Synopsis

Kajian ini bertujuan mengetahui kepuasan kerja pensyarah Diploma Perguruan Malaysia (DPM) di Maktab Perguruan Islam (MPI) yang terlibat mengajar secara langsung dalam lima jabatan. Tiga jabatan adalah dari bidang agama atau major satu dan dua jabatan dari bidang bukan agama atau major kedua. Responden adalah satu populasi 62 orang pensyarah. Kajian ini dijalankan melalui soal selidik The Minnesota Satisfaction Questionare (MSQ). Soal selidik tersebut dibahagikan kepada latar belakang dan aspek-aspek kerja yang mempunyai kaitan dengan profesion mereka. Aspek-aspek kerj a dibahagikan kepada 14 dimensi dengan tiap-tiap dimensi mengandungi 5 soalan. Data kaj ian dianalisis melalui program SPSS (Statistical Package for Social Sciences) untuk mendapatkan kekerapan, peratus, min, sisihan piawai dan ujian t. Keputusan kajian menunj ukkan pensyarah DPM MPI kurang berpuas hati dengan pekerj aan mereka. Mereka kurang puas hati dalam keseluruhan 14 dimensi yang dikaji. Mereka hanya puas hati dalam 4 aspek kerja iaitu 2 dari dimensi pencapaian dan masing-masing satu dari dimensi pekerj aan itu sendiri dan hubungan antara individu. Pensyarah bidang agama lebih berpuas hati berbanding dengan pensyarah bukan bidang agama dalam semua empat belas dimensi. Sungguhpun begitu, terdapat dua dimensi, iaitu dimensi keadaan kerj a dan jaminan kerja mereka sarna-sarna tidak puas hati. Terdapat h ubungan yang signifikan tetapi negatif antara latarbelakang pendidikan dengan dimensi keadaan kerja dan jaminan kerja. Manakala aspek umur dengan keadaan kerja mempunyai perkaitan signifikan yang positif. Antara dimensi faktor Pendorong yang mendapat min tertinggi ialah dimensi pencapaian dan yang terendah ialah dimensi peningkatan kerja. Antara dimensi faktor Higien pula kehidupan peribadi mendapat min tertinggi, manakala dasar organisasi dan pentadbiran mendapat min terendah. Kajian ini juga tidak menyokong pendapat Herzberg yang mengatakan kepuasan kerja dipengaruhi oleh faktor Pendorong, sementara ketidakpuasan kerja dipengaruhi oleh faktor Higien. Kajian ini mendapati kedua-dua faktor tersebut tidak mempengaruhi kepuasan kerja mereka.


Download File

[img] PDF
FPP_1997_29_A.pdf

Download (816kB)

Additional Metadata

Item Type: Project Paper Report
Subject: College teachers - Job satisfaction - Case studies
Call Number: FPP 1997 29
Chairman Supervisor: Profesor Madya Dr. Zaidatol Akmaliah Bt. Lope Pihie
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Mohd Nezeri Mohamad
Date Deposited: 19 May 2011 07:59
Last Modified: 25 Jul 2011 08:00
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10720
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item