Citation
Abdullah, Rusli
(1997)
Kepuasan Kerja Pensyarah Diploma Perguruan Malaysia di Maktab Perguruan Islam Bangi.
[Project Paper Report]
Abstract
Kajian ini bertujuan mengetahui kepuasan kerja pensyarah Diploma
Perguruan Malaysia (DPM) di Maktab Perguruan Islam (MPI) yang terlibat
mengajar secara langsung dalam lima jabatan. Tiga jabatan adalah dari bidang
agama atau major satu dan dua jabatan dari bidang bukan agama atau major
kedua. Responden adalah satu populasi 62 orang pensyarah. Kajian ini
dijalankan melalui soal selidik The Minnesota Satisfaction Questionare (MSQ).
Soal selidik tersebut dibahagikan kepada latar belakang dan aspek-aspek kerja
yang mempunyai kaitan dengan profesion mereka. Aspek-aspek kerj a
dibahagikan kepada 14 dimensi dengan tiap-tiap dimensi mengandungi 5 soalan.
Data kaj ian dianalisis melalui program SPSS (Statistical Package for Social
Sciences) untuk mendapatkan kekerapan, peratus, min, sisihan piawai dan ujian
t. Keputusan kajian menunj ukkan pensyarah DPM MPI kurang berpuas hati
dengan pekerj aan mereka. Mereka kurang puas hati dalam keseluruhan 14
dimensi yang dikaji. Mereka hanya puas hati dalam 4 aspek kerja iaitu 2 dari
dimensi pencapaian dan masing-masing satu dari dimensi pekerj aan itu sendiri
dan hubungan antara individu. Pensyarah bidang agama lebih berpuas hati
berbanding dengan pensyarah bukan bidang agama dalam semua empat belas
dimensi. Sungguhpun begitu, terdapat dua dimensi, iaitu dimensi keadaan kerj a
dan jaminan kerja mereka sarna-sarna tidak puas hati. Terdapat h ubungan yang
signifikan tetapi negatif antara latarbelakang pendidikan dengan dimensi
keadaan kerja dan jaminan kerja. Manakala aspek umur dengan keadaan kerja
mempunyai perkaitan signifikan yang positif. Antara dimensi faktor Pendorong
yang mendapat min tertinggi ialah dimensi pencapaian dan yang terendah ialah
dimensi peningkatan kerja. Antara dimensi faktor Higien pula kehidupan
peribadi mendapat min tertinggi, manakala dasar organisasi dan pentadbiran
mendapat min terendah. Kajian ini juga tidak menyokong pendapat Herzberg
yang mengatakan kepuasan kerja dipengaruhi oleh faktor Pendorong, sementara
ketidakpuasan kerja dipengaruhi oleh faktor Higien. Kajian ini mendapati
kedua-dua faktor tersebut tidak mempengaruhi kepuasan kerja mereka.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |