UPM Institutional Repository

Pandangan Guru-Guru Yang Mengajar di Sekolah Khas Bermasalah Pembelajaran Terhadap Rancangan Pendidikan Individu


Citation

Abdul Rahman, Abdul Rahim (1997) Pandangan Guru-Guru Yang Mengajar di Sekolah Khas Bermasalah Pembelajaran Terhadap Rancangan Pendidikan Individu. [Project Paper Report]

Abstract

Tinjauan kajian ini bertujuan untuk mengumpul maklumat dan mengenalpasti pandangan guru-guru sekolah khas mengenai (i) ciri-ciri utama dasar RPI (ii) but iran yang perlu direkodkan dalam RPI (iii) bentuk Jawatankuasa RPI (iv) bentuk penglibatan dan kerjasama an tara guru-ibubapa dalam Jawatankuasa RPI dan (v) pandangan guru terhadap kursus RPI yang mereka ikuti (vi) kekerapan guru merujuk RPI Kajian ini telah dijalankan di semua sekolah rendah khas bermasalah pembelajaran di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur. Kaedah tinjauan ini mengguna soal selidik untuk mendapatkan data daripada responden. Seramai 209 orang guru yang sedang mengajar di 14 buah sekolah-sekolah ini, terlibat sebagai subjek kajian. Data yang diperolehi daripada mereka telah dianalisis mengikut bilangan, peratus, dan ukuran kecenderungan memusat. Hasil daripada tinjauan ini mendapati (i) penerimaan tahap tinggi berkaitan syarat utama seperti peruntukan PL94-142 (ii) perlunya kandungan RPI yang menyeluruh dan ditentukan secara kolektif (iii) penglibatan ibubapa secara aktif dalam Jawatankuasa RPI (iv) perlunya penglibatan semua pihak yang memberi perkhidmatan khas (v) kursus dan jangkamasa latihan RPI tidak mencukupi (vi) kurangnya guru merujuk semula RPI yang disediakan. Berpandukan dapatan tinjauan adalah dicadangkan supaya (i) pendidik khas mengguna syarat-dasar RPI dalam peruntukan PL94- 1 42 sebagai panduan asas pengubahsuaian dan pembentukan RPI bagi sekolah khas bermasalah pembelajaran di Malaysia (ii) mernilih kandungan program yang berketepatan dengan keperluan pemulihan kerencatan pelajar secara individu (iii) menggalakkan ibubapa bekerjasama secara aktif bersama guru dalam pembentukan RPI (iv) menentukan semua pihak yang terlibat sebagai pemberi khidmat khas dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa RPI untuk menyediakan program pembelajaran kepada pelajamya (v) meningkatkan kualiti nota edaran dan menambah jangkamasa kursus RPI (vi) menggalakkan guru khas lebih kerap merujuk dan mengemaskini kandungan RPI.


Download File

[img] PDF
FPP_1997_28_A.pdf

Download (4MB)

Additional Metadata

Item Type: Project Paper Report
Subject: Special education teachers - Case studies
Call Number: FPP 1997 28
Chairman Supervisor: Assosiate Professor Dr. Hjh Zaidatol Akmaliah bt Lope Pihie, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Mohd Nezeri Mohamad
Date Deposited: 19 May 2011 06:39
Last Modified: 25 Jul 2011 07:59
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10719
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item