Citation
Abdul Rahman, Abdul Rahim
(1997)
Pandangan Guru-Guru Yang Mengajar di Sekolah Khas Bermasalah Pembelajaran Terhadap Rancangan Pendidikan Individu.
[Project Paper Report]
Abstract
Tinjauan kajian ini bertujuan untuk mengumpul maklumat dan mengenalpasti
pandangan guru-guru sekolah khas mengenai (i) ciri-ciri utama dasar RPI (ii) but iran
yang perlu direkodkan dalam RPI (iii) bentuk Jawatankuasa RPI (iv) bentuk penglibatan
dan kerjasama an tara guru-ibubapa dalam Jawatankuasa RPI dan (v) pandangan guru
terhadap kursus RPI yang mereka ikuti (vi) kekerapan guru merujuk RPI
Kajian ini telah dijalankan di semua sekolah rendah khas bermasalah pembelajaran
di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur. Kaedah tinjauan ini mengguna soal selidik untuk
mendapatkan data daripada responden. Seramai 209 orang guru yang sedang mengajar di
14 buah sekolah-sekolah ini, terlibat sebagai subjek kajian. Data yang diperolehi daripada
mereka telah dianalisis mengikut bilangan, peratus, dan ukuran kecenderungan memusat.
Hasil daripada tinjauan ini mendapati (i) penerimaan tahap tinggi berkaitan syarat
utama seperti peruntukan PL94-142 (ii) perlunya kandungan RPI yang menyeluruh dan
ditentukan secara kolektif (iii) penglibatan ibubapa secara aktif dalam Jawatankuasa RPI
(iv) perlunya penglibatan semua pihak yang memberi perkhidmatan khas (v) kursus dan jangkamasa latihan RPI tidak mencukupi (vi) kurangnya guru merujuk semula RPI yang
disediakan.
Berpandukan dapatan tinjauan adalah dicadangkan supaya (i) pendidik khas
mengguna syarat-dasar RPI dalam peruntukan PL94- 1 42 sebagai panduan asas
pengubahsuaian dan pembentukan RPI bagi sekolah khas bermasalah pembelajaran di
Malaysia (ii) mernilih kandungan program yang berketepatan dengan keperluan pemulihan
kerencatan pelajar secara individu (iii) menggalakkan ibubapa bekerjasama secara aktif
bersama guru dalam pembentukan RPI (iv) menentukan semua pihak yang terlibat
sebagai pemberi khidmat khas dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa RPI untuk
menyediakan program pembelajaran kepada pelajamya (v) meningkatkan kualiti nota
edaran dan menambah jangkamasa kursus RPI (vi) menggalakkan guru khas lebih kerap
merujuk dan mengemaskini kandungan RPI.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |