UPM Institutional Repository

Pengaruh Beberapa Media Terhadap Tumbesaran dan Hasil Timun (Cucumis Satlvus L.) Menerusi Sistem Pengairan Titis


Citation

Yusfar, Nova Rachmani (2003) Pengaruh Beberapa Media Terhadap Tumbesaran dan Hasil Timun (Cucumis Satlvus L.) Menerusi Sistem Pengairan Titis. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Satu kajian telah dijalankan untuk menentukan pengaruh beberapa media terhadap tumbesaran dan hasil timun menerusi sistem pengairan titis. Anak benih timun yang berumur empat belas hari diubah ke dalam pasu dengan diameter 22 sm x tinggi 30 sm yang diletak diatas baldi berdiameter 18 sm x tinggi 20 sm. Kajian satu faktor ini disusun secara rekabentuk penuh rawak (CRD). Sebanyak 5 rawatan dengan 4 replikasi digunakan iaitu media tanah gambut, sabut kelapa, tandan kosong kelapa sawit, sekam padi bakar dan rockwool. Data diambil pada hari ke 29 selepas diubah dan seterusnya selang 2 hari hingga hari ke 41. Pokok timun yang ditanam dalam media sabut kelapa memberikan tumbesaran yang lebih baik (tinggi pokok, panjang daun, lebar daun dan luas daun) serta hasil iaitu bilangan buah sebanyak 11.50 buah dan berat buah 1462.08 g). Pokok timun yang ditanam dalam media sabut kelapa telah menunjukkan nisbah akar: bahagian atas lebih baik dan bererti diikuti dengan media tandan kelapa sawit, rockwool, tanah gambut dan sekam padi bakar. Perbezaan peratus kandungan air pada tekanan 0.001 bar dan 0.1 bar bagi timun yang ditanam dalam media rokwool ialah 90.34 % diikuti dengan sabut kelapa 81.73 %, tandan kelapa sawit 75.43 %, sekam padi bakar 66.52 % dan tanah gambut 32.15 % . Ketersediaan kandungan unsur nutrien (N, P, K, Ca dan Mg) yang terdapat di dalam media sabut kelapa sesudah digunakan meningkat berbanding dengan sebelum digunakan. Terdapat hubungkait diantara peratus kandungan air dan ketersediaan unsur nutrien terhadap pertumbuhan dan hasil timun yang ditanam dengan media sabut kelapa. Oleh yang demikian, kandungan air pad a 81.73 % didalam media sabut kelapa adalah optima dan bertindakbalas terhadap tumbesaran dan hasil tanaman timun menerusi pengairan titis.


Download File

[img] Text
FP_2003_24.pdf

Download (729kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Cucumbers - Microirrigation - Case studies
Call Number: FP 2003 24
Chairman Supervisor: Associate Professor Khalip Abdul Raffar
Divisions: Faculty of Science
Depositing User: Mohd Nezeri Mohamad
Date Deposited: 11 May 2011 08:31
Last Modified: 09 May 2024 01:17
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10670
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item