UPM Institutional Repository

Kesan Mikoriza Arbuskul, Efluen Kilang Kelapa Sawit dan Baja Npk Terhadap Pertumbuhan Tanaman Cili dan Sifat Fizik-Kimia Tanah Pasir Bekas Lombong


Citation

Wan Sembok, Wan Zaliha (2003) Kesan Mikoriza Arbuskul, Efluen Kilang Kelapa Sawit dan Baja Npk Terhadap Pertumbuhan Tanaman Cili dan Sifat Fizik-Kimia Tanah Pasir Bekas Lombong. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Satu penyelidikan telah dijalankan di rumah kaca 11C-UPM untuk menilai keberkesanan Mikoriza Arbuskul (MA), Efluen Kilang Kelapa Sawit (POME), Baja NPK terhadap pertumbuhan dan hasil eili serta sitat fizik-kimia tanah pasir bekas lombong. Anak benih eili berusia 3 minggu di alihkan ke polibeg berisi 5 kg tanah pasir bekas 10m bong yang terdahulu digaul bersama 30 tan ha-1 POME (berdasarkan 5 kg tanah). Empat kadar kulat MA (0g, 30g. 60g dan 90g) dan empat kadar baja NPK (0 tan, 0.75 tan, 1.5 tan dan 3.0 tan ha-1) berfaktorial disusun menggunakan rekabentuk blok rawak penuh lengkap (ReBD) dengan 3 replikasi. Respon tumbesaran tanaman, bilangan spora, peratus jangkitan akar, kandungan nutrien dalam tisu dan hasil menunjukkan peningkatan yang tinggi dengan penambahan 909 MA berbanding tanpa MA pada pemberian baja NPK yang berbeza-beza. Terdapat kaitan linear yang bererti pada pemberian kadar 3.0 tan ha-1 baja NPK dengan peningkatan kadar kulat MA bagi berat basah buah (R2=0.76**) dan berat kering buah (R2=0.73**). Kadar optima kulat MA dan baja NPK tidak diperolehi, maka paras kulat MA dan baja NPK yang memberikan hasil tertinggi dalam julat kajian dikira sebagai kadar yang terbaik.


Download File

[img] Text
FP_2003_22.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Peppers - Growth.
Subject: Mine soils.
Call Number: FP 2003 22
Chairman Supervisor: Professor Dr. Azizah Hashim
Divisions: Faculty of Agriculture
Depositing User: Mohd Nezeri Mohamad
Date Deposited: 09 May 2011 04:37
Last Modified: 08 May 2024 01:45
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10661
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item