UPM Institutional Repository

Keupayaan Bergabung, Prestasi Genotip, Heterosis dan Kebolebwarisan Pada Hibrid Jagung Bijian


Citation

Panjaitan, Khayamuddin (2003) Keupayaan Bergabung, Prestasi Genotip, Heterosis dan Kebolebwarisan Pada Hibrid Jagung Bijian. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Satu kajian telah dijalankan dalam tanaman jagung bijian, untuk menilai keupayaan bergabung antara titisan inbred terpilih dalam pembentukan hibrid kacukan tunggal, membandingkan prestasi dan heterosis pada hibrid-hibrid tersebut serta prestasi beberapa hibrid kacukan tiga hala, menganggarkan kebolehwarisan ciri-ciri penting dalam kedua-dua populasi, dan menentukan korelasi antara ciri-ciri tersebut. Dalam Eksperimen 1, hibrid-hibrid kacukan tunggal telah dibentuk melalui skima kacukan dialel 7 x 7 dan dinilaikan. Penilaiannya melibatkan 30 genotip yang terdiri dari 21 hibrid kacukan tunggal, serta tujuh titisan inbrednya, bersama dua varieti kawalan Eksperimen II dijalankan untuk membentuk serta menilai prestasi 16 hibrid kacukan tiga hala. Kedua-dua eksperimen dijalankan di Kawasan Penyelidikan, Taman Pertanian Universiti, Universiti Putra Malaysia, dalam rekabentuk blok berawak lengkap (RCBD), dengan tiga replikasi. Dari keputusan anal isis keupayaan bergabung dalam Eksperimen I, yang melibatkan hibrid-hibrid kacukan tunggal, kedua-dua kesan keupayaan bergabung am (OCA) dan keupayaan bergabung khusus (SCA) didapati bererti untuk semua ciri, kecuali peratus peleraian yang hanya menunjukkan kesan GCA yang bererti. Titisan inbred P- l (UPM-SW-2) memberikan kesan OCA yang tertinggi di kalangan inbred bagi hasil bijian sehektar, manakala kacukan SC-ll (UPM-MT 13 x IPS 15), SC-17 (UPM-SM 5-4 x IPS 8), SC-4 (UPM-SW 2 x IPB 8), SC-16 (UPM-SM 5-4 x IPB 14) dan SC-15 (UPM-SM 7-6 x IPB 15) menunjukkan kesan SCA yang tertinggi. Walau bagaimanapun, kesan SCA didapati lebih tinggi dari GCA, membuktikan bahawa, hasil bijian lebih dikawal oleh tindakan gen bukan penambah, berbanding tindakan gen penambah. Hibrid SC-16 memberikan hasil bijian yang tertinggi (6985 kg ha-I) di kalangan hibrid kacukan tunggal, diikuti oleh SC-2 (6800 kg ha-\ SC-4 (6585 kg ha-J), SC-5 (6555 kg ha-I), SC-5 (6555 kg ha-l), SC-8 (6118 kg ha-\ SC-ll (6474 kg ha-I), SC- 1 4 (6074 kg ha-l) dan SC- 17 (628 1 kg ha-l). Pada amnya, hibridhibrid yang memberikan hasil terbaik ini didapati dibentuk dari kombinasi titisan inbred yang diperolehi dari populasi sumber yang berbeza secara genetiknya.


Download File

[img] Text
FP_2003_15.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Hybrid corn - Case studies
Call Number: FP 2003 15
Chairman Supervisor: Associate Professor Ghizan Saleh, PhD
Divisions: Faculty of Agriculture
Depositing User: Mohd Nezeri Mohamad
Date Deposited: 09 May 2011 04:20
Last Modified: 08 May 2024 00:49
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10648
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item