UPM Institutional Repository

Peranan Enzim Metabolik Dalam Perkembangan Keresistanan Kepinding Nyamuk, Helopeltis Theivora Waterhouse Terhadap Racun Serangga Terpilih


Citation

Yusa, Ismail (2002) Peranan Enzim Metabolik Dalam Perkembangan Keresistanan Kepinding Nyamuk, Helopeltis Theivora Waterhouse Terhadap Racun Serangga Terpilih. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Bioasai topikal telah dijaIankan bagi menilai ketoksikan deltametrin, sipermetrin, y-HCH dan klorpirifos, terhadap He/ope/tis theivora Waterhouse. Tiga populasi H. theivora yang berbeza, iaitu populasi koko Serdang (Selangor), populasi koko Sungai Tekam (Pahang) dan populasi teh Banting (Selangor) telah dikaji. Kesan sinergi piperonil butoksida (PBO), asid maIeik dietil ester (MADE) dan s,s,stributilfosforotritionat (DEF) ke atas ketoksikan racun-racun serangga itu juga telah dijalankan melalui biosai topikal. Kaedah elektroforisis gel poliakrilamida (PAGE) telah diguna bagi meneliti aktiviti enzim esterase dan superoksida dismutase terhadap ketiga-tiga populasi berkenaan. Pemerhatian kedekatan hubungan genetik bagi ketiga-tiga populasi yang dikaji kemungkinan menunjukkan hubungan enzim esterase dalam perkembangannya terhadap keresistanan racun perosak sejak jumlah kesamaan genetik di jumlahkan berdasarkan petanda kod-kod esterase. Sebab itu, keputusan ini menginginkan konfinnasi dengan menggunakan petanda-petanda genetik yang netral. Berdasarkan nilai LDso, ketoksikan racun serangga yang diuji untuk populasi koko Serdang berkurangan mengikut urutan ialah: klorpirifos > ,,(-HCH > sipermetrin > deltametrin. Bagi populasi koko Sungai Tekam ialah: klorpirifos > ,,(-HCH > sipermetrin > deltametrin, manakala populasi teh Banting ialah: ,,(-HCH > sipermetrin > klorpirifos > deltametrin. Klorpirifos ialah yang paling toksik dengan nilai LDso 3.028 x 10-2 mg/L dan 2.351 x 10-3 mgIL untuk populasi Sungai Tekam dan Serdang, manakala ,,(-HCH dengan 1.744 x 10-3 mgIL untuk populasi Banting. Keputusan juga menunjukkan nisbah resistan adalah 25-kali lebih tinggi untuk sipermetrin bagi populasi Banting, sedangkan nisbah resistan adalah 12- dan I3-kali ganda lebih tinggi untuk klofirifos dan ,,(-HCH bagi populasi Sungai Tekam berbanding populasi Serdang. Berbanding racun serangga yang lainnya, sinergisme PBO terhadap sipermetrin adalah 13-kali ganda lebih kuat bagi populasi Sungai Tekam, diikuti(-HCH dan klorpirifos dengan masing-masing sebanyak 7- dan 6-kali ganda Sedangkan sinergisme DEF terhadap klorpirifos, sipermetrin dan deltametrin adalah 4-kali ganda bagi populasi Serdang, Sungai Tekam dan Banting. Walau bagaimanapun nisbah sinergis MADE terhadap klorpirifos adalah 6-kali ganda bagi populasi Sungai Tekam. Bagi kedua-dua baki populasi, pengaruh kesemua sinergis adalah amat lemah. Disimpulkan bahawa populasi Sungai Tekam mengalami peningkatan resistan terhadap sipermetrin,(-HCH dan klorpirifos berbanding populasi Serdang dan Banting.


Download File

[img] Text
FP_2002_16.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Helopeltis - Pesticides - Case studies
Call Number: FP 2002 16
Chairman Supervisor: Associate Professor Rita Muhamad, PhD
Divisions: Faculty of Agriculture
Depositing User: Mohd Nezeri Mohamad
Date Deposited: 05 May 2011 06:34
Last Modified: 25 Apr 2024 01:13
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10595
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item