Citation
Yusa, Ismail
(2002)
Peranan Enzim Metabolik Dalam Perkembangan Keresistanan Kepinding Nyamuk, Helopeltis Theivora Waterhouse Terhadap Racun Serangga Terpilih.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Bioasai topikal telah dijaIankan bagi menilai ketoksikan deltametrin,
sipermetrin, y-HCH dan klorpirifos, terhadap He/ope/tis theivora Waterhouse. Tiga
populasi H. theivora yang berbeza, iaitu populasi koko Serdang (Selangor), populasi
koko Sungai Tekam (Pahang) dan populasi teh Banting (Selangor) telah dikaji.
Kesan sinergi piperonil butoksida (PBO), asid maIeik dietil ester (MADE) dan s,s,stributilfosforotritionat
(DEF) ke atas ketoksikan racun-racun serangga itu juga telah
dijalankan melalui biosai topikal. Kaedah elektroforisis gel poliakrilamida (PAGE)
telah diguna bagi meneliti aktiviti enzim esterase dan superoksida dismutase
terhadap ketiga-tiga populasi berkenaan. Pemerhatian kedekatan hubungan genetik
bagi ketiga-tiga populasi yang dikaji kemungkinan menunjukkan hubungan enzim
esterase dalam perkembangannya terhadap keresistanan racun perosak sejak jumlah
kesamaan genetik di jumlahkan berdasarkan petanda kod-kod esterase. Sebab itu,
keputusan ini menginginkan konfinnasi dengan menggunakan petanda-petanda
genetik yang netral. Berdasarkan nilai LDso, ketoksikan racun serangga yang diuji untuk populasi
koko Serdang berkurangan mengikut urutan ialah: klorpirifos > ,,(-HCH > sipermetrin
> deltametrin. Bagi populasi koko Sungai Tekam ialah: klorpirifos > ,,(-HCH >
sipermetrin > deltametrin, manakala populasi teh Banting ialah: ,,(-HCH >
sipermetrin > klorpirifos > deltametrin.
Klorpirifos ialah yang paling toksik dengan nilai LDso 3.028 x 10-2 mg/L dan
2.351 x 10-3 mgIL untuk populasi Sungai Tekam dan Serdang, manakala ,,(-HCH
dengan 1.744 x 10-3 mgIL untuk populasi Banting. Keputusan juga menunjukkan
nisbah resistan adalah 25-kali lebih tinggi untuk sipermetrin bagi populasi Banting,
sedangkan nisbah resistan adalah 12- dan I3-kali ganda lebih tinggi untuk klofirifos
dan ,,(-HCH bagi populasi Sungai Tekam berbanding populasi Serdang.
Berbanding racun serangga yang lainnya, sinergisme PBO terhadap
sipermetrin adalah 13-kali ganda lebih kuat bagi populasi Sungai Tekam, diikuti(-HCH dan klorpirifos dengan masing-masing sebanyak 7- dan 6-kali ganda
Sedangkan sinergisme DEF terhadap klorpirifos, sipermetrin dan deltametrin adalah
4-kali ganda bagi populasi Serdang, Sungai Tekam dan Banting. Walau
bagaimanapun nisbah sinergis MADE terhadap klorpirifos adalah 6-kali ganda bagi
populasi Sungai Tekam. Bagi kedua-dua baki populasi, pengaruh kesemua sinergis
adalah amat lemah. Disimpulkan bahawa populasi Sungai Tekam mengalami
peningkatan resistan terhadap sipermetrin,(-HCH dan klorpirifos berbanding
populasi Serdang dan Banting.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |