UPM Institutional Repository

Komitmen organisasi sebagai mediator terhadap hubungan tingkah laku kewargaan dan budaya organisasi dengan tadbir urus dalam kalangan penjawat awam


Citation

Santol, Mohd Ariffin (2022) Komitmen organisasi sebagai mediator terhadap hubungan tingkah laku kewargaan dan budaya organisasi dengan tadbir urus dalam kalangan penjawat awam. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menentukan kesan mediator komitmen organisasi terhadap tingkah laku kewargaan organisasi dan budaya organisasi dengan tadbir urus dalam kalangan penjawat awam di Malaysia. Kajian ini berasaskan Teori Pihak Berkepentingan, Teori Pengawasan dan Teori Kognitif Sosial. Kajian ini melibatkan 207 Pegawai Rekod dalam 27 buah kementerian di Malaysia yang dipilih melalui persampelan rawak berkelompok. Data telah dikumpul daripada borang soal selidik tadbir sendiri. Borang soal selidik diadaptasi daripada World Bank (2007), Podsakoff & MacKenzie (1989), Wallach (1983) dan Mowday, Steers, & Porter (1979). Alat ujian ini digunakan untuk mengukur tahap tingkah laku kewargaan organisasi, budaya organisasi, komitmen organisasi terhadap tadbir urus. Data dianalisis menggunakan SPSS versi 25.0 dan MATRIX procedure: PROCESS Procedure for SPSS Version 3.5. Penemuan kajian menunjukkan bahawa tahap tadbir urus dan tahap budaya organisasi dalam kalangan Pegawai Rekod adalah pada tahap yang tinggi. Manakala, tahap tingkah laku kewargaan organisasi dan tahap komitmen organisasi berada pada tahap yang sederhana. Keputusan analisis korelasi Pearson Product Moment menunjukkan hubungan yang signifikan antara tingkah laku kewargaan organisasi terhadap tadbir urus. Begitu juga hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara budaya organisasi dengan tadbir urus. Hasil kajian menunjukkan hubungan ini adalah hubungan signifikan yang sederhana. Keputusan analisis mediator yang menguji hubungan komitmen organisasi sebagai mediator dalam hubungan antara tingkah laku kewargaan organisasi dengan tadbir urus. Hasil keputusan kajian yang menguji nilai pengaruh tidak langsung tidak standard bootstrap sebesar 0.022, dan interval kepercayaan (CI) 95% berkisar antara 0.008 sampai 0.095. Maka dapat disimpulkan bahawa terdapat pengaruh secara langsung yang signifikan antara tingkah laku kewargaan organisasi terhadap tadbir urus melalui komitmen organisasi. Penemuan kajian menunjukkan faktor komitmen organisasi sebagai mediator dalam hubungan antara budaya organiasi dengan tadbir urus. Hasil kajian yang menguji nilai pengaruh tidak langsung tidak standard bootstrap sebesar 0.016 dan interval kepercayaan (CI) 95% berkisar antara 0.000 sampai 0.062. Maka, dapat disimpulkan bahawa terdapat pengaruh tidak langsung yang signifikan budaya organiasi terhadap tadbir urus melalui komitmen organisasi. Penemuan kajian dapat memberikan cadangan yang penting kepada kementerian/jabatan yang berkaitan dengan pengurusan rekod untuk memastikan aspek tingkah laku kewargaan organisasi dan budaya organisasi dapat disepadukan dalam merancang dan melaksanakan amalan terbaik pengurusan rekod dalam perkhidmatan awam di Malaysia.


Download File

[img] Text
FPP 2022 36 IR.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Organizational commitment
Subject: Organizational behavior
Call Number: FPP 2022 36
Chairman Supervisor: Profesor Madya Siti Raba’ah binti Hamzah, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Editor
Date Deposited: 30 Oct 2023 07:11
Last Modified: 30 Oct 2023 07:11
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/105105
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item