UPM Institutional Repository

Pengetahuan konseptual dan prosedural serta disposisi guru praperkhidmatan pendidikan islam dalam melaksanakan penerapan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran


Citation

Ahmad Dahari, Aminurrashid (2022) Pengetahuan konseptual dan prosedural serta disposisi guru praperkhidmatan pendidikan islam dalam melaksanakan penerapan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Strategi berfikir dalam pendekatan pengajaran merupakan usaha konstruktif yang penting. Peranan guru dalam penyampaian standard kurikulum menerusi penerapan kemahiran berfikir ini wajar dipertingkatkan. Ini bermatlamat agar murid lebih yakin dan tekun untuk mencapai standard pembelajaran yang dihasratkan. Keperluan Falsafah Pendidikan Islam yang menekankan kesepaduan ilmu dan amal jua perlu direalisasikanoleh guru praperkhidmatan yang menguasai kemahiran berfikir ini. Tambahan pula penerapan KBAT ini mampu merintis suasana pembelajaran yang relevan dengan tahap pemikiran dan keupayaan murid. Seterusnya dapat mengoptimumkan keberhasilan murid yang kreatif, kritis dan inovatif dalam pengajaran Pendidikan Islam. Pembangunan kemahiran Insaniah ini jelas memantapkan profesionalisme keguruan khususnya guru praperkhidmatan Pendidikan Islam. Guru praperkhidmatan yang menerapkan KBAT ini perlu meyakinkan kepada KPM bahawa mereka mampu menterjemahkan tahap Penguasaan Pendidikan Islam (TPPI) ke arah kemenjadian murid di sekolah. Ini bertepatan dengan usaha Kementerian Pendidikan mengimplementasikan anjakan ke 4 iaitu pembangunan profesionalisme guru dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Pengkajian ini merangka beberapa persoalan berikutan ketidakselarasan pengajaran sedia ada dengan keperluan pengajaran yang menerapkan elemen KBAT yang ada diterapkan di dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Kajian rintis dari segi pemerhatian yang telah dilakukan menunjukkan sebahagian guru praperkhidmatan ini didapati tidak mengaplikasikan teknik dan aplikasi KBAT sepenuhnya dalam perancangan pengajaran Pendidikan Islam. Berasaskan fenomena ini pengkaji mengambil inisiatif menyelidiki pengetahuan dan disposisi guru praperkhidmatan Pendidikan Islam yang berada dalam latihan praktikum di sekolah. Kajian bertujuan meneroka aspek pengetahuan guru praperkhidmatan Pendidikan Islam yang perlu ada dan disposisi guru berkaitan KBAT. Malah kepelbagaian aras intelek murid yang wujud memerlukan guru pendidikan Islam bersedia mengadaptasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam pengajaran agar mencapai hasil pembelajaran yang bermakna. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes. Seramai 7 pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan juga menemubual 5 orang pensyarah yang terpilih sebagai data sokongan di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam terlibat. Instrumen yang digunakan adalah temu bual, pemerhatian berstruktur dan analisis dokumen. Rasional pengkajian adalah bertujuan mengenalpasti aspek pengetahuan guru Pendidikan Islam dari segi pengetahuan konseptual dan prosedural, diposisi guru praperkhidmatan semasa sesi pengajian. Manakala analisis dokumen juga diteliti seperti bahan RPH, jurnal refleksi dan dokumen lain yang berkaitan. Nilai kebolehpercayaan dan kesahan tema oleh pakar Pendidikan Islam bidang Kualitatif yang dilantik menggunakan Cohen Kappa menunjukkan 9.4. Secara keseluruhannya dapatan kajian mendapati bahawa penguasaan pengetahuan guru praperkhidmatan Pendidikan Islam berkaitan KBAT adalah sederhana dan agak minima. Pengetahuan konseptual yang dapat dikenalpasti adalah kandungan DSKP pendidikan Islam yang mengandungi elemen KBAT, pendekatan dan teknik, ciri serta sumber pengetahuan KBAT yang perlu diterapkan dalam perancangan dan pelaksanaan PdP Pendidikan Islam. Selain itu disposisi guru praperkhidmatan Pendidikan Islam yang menjadi sumber motivasi yang seharusnya memain peranan penting dalam menerapkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) selain pelbagai faktor persekitaran, iklim bilik darjah dan peranan ibu bapa. Kajian mendapati GPPI mempunyai kefahaman konseptual namun pengetahuan prosedural KBAT masih ditahap sederhana. Walau bagaimanapun ada sebahagian GPPI didapati mampu melaksanakan penerapan pemikiran kritis melalui strategi penstrukturan pengajaran, penyoalan dan maklum balas. Dapatan mengenai pelaksanaan penerapan ini menunjukkan keselarian antara kefahaman guru dengan pelaksanaannya di bilik darjah. Kejayaan GPPI melaksanakan proses penerapan pemikiran dalam pengajaran dipengaruhi oleh beberapa faktor yang terdiri daripada faktor personal dan faktor persekitaran. Namun demikian, kajian turut mendapati GPPI perlu membuat penambahbaikan untuk melaksanakan penerapan secara maksima dan berterusan dalam pengajaran. Perancangan penulisan RPH seharusnya lebih teratur dan lengkap untuk persediaan pengajaran dan proses pengajaran yang bercorak kritis, kekurangan ilmu dan kemahiran guru, karakter murid, kemudahan yang terhad serta persekitaran kelas yang kurang merangsang pemikiran kritis murid-murid di sekolah. Kajian ini menumpukan pengajaran Pendidikan Islam berasaskan pemikiran kritis yang bersifat praktikal dan memenuhi keperluan semasa. Di samping itu turut memberikan implikasi terhadap polisi melibatkan Kementerian Pendidikan Malaysia, Institut Perguruan (IPG) dan Bahagian Pendidikan Guru (BPG) serta implikasi terhadap amalan pihak sekolah dan juga guru.


Download File

[img] Text
FPP 2022 33 IR.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Islamic education
Subject: Thought and thinking - Study and teaching (Primary)
Subject: Teacher effectiveness
Call Number: FPP 2022 33
Chairman Supervisor: Profesor Asmawati bt Suhid, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Editor
Date Deposited: 30 Oct 2023 06:57
Last Modified: 30 Oct 2023 06:57
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/105102
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item