UPM Institutional Repository

Meneroka pengalaman guru melaksanakan pendidikan berasaskan hasil bagi program teknologi automotif di kolej vokasional negeri Selangor, Malaysia


Citation

Ag. Damit, Mohd Amiruddin (2021) Meneroka pengalaman guru melaksanakan pendidikan berasaskan hasil bagi program teknologi automotif di kolej vokasional negeri Selangor, Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Penubuhan Kolej Vokasional (KV) merupakan suatu transformasi daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam menaiktaraf Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (PLTV) bagi melahirkan pekerja yang berkemahiran dan mengikuti teknologi terkini. Perubahan kurikulum dan corak pengajaran dan pembelajaran (PdP) kepada Pendidikan Berasaskan Hasil (PBH) memberi impak secara menyeluruh kepada warga pendidik di KV. Isu yang timbul berdasarkan kajian terdahulu mendapati wujud masalah penguasaan PBH di kalangan guru, dan menyebabkan proses PdP kurang berkesan. Perkara ini dikukuhkan lagi dengan hasil daripada audit yang dijalankan oleh Agensi Kelayakan Malaysia yang menyatakan pelaksanaan PBH di kalangan guru KV berada pada tahap yang rendah. Justeru, satu kajian dijalankan untuk meneroka pengalaman guru melaksanakan PdP berteraskan PBH bagi program Teknologi Automotif, KV di Selangor. Kajian ini meneroka kefahaman guru, kaedah pelaksanaan di dalam PdP guru, cabaran yang dihadapi dan cara mengatasinya sepanjang guru melaksanakan PdP berteraskan PBH di KV. Kajian ini dilaksanakan secara kajian kualitatif menggunakan rekabentuk fenomenologi untuk mendapatkan jawapan bagi persoalan kajian ini. Sejumlah tujuh orang guru dan dua orang pentadbir KV terlibat sebagai informan dalam kajian. Data dikumpulkan menerusi temu bual separa berstruktur secara mendalam disokong dengan maklumat berkaitan melalui analisis dokumen sebagai data tringulasi bagi menguatkan lagi kesahan dan kebolehpercayaan kajian ini. Seterusnya, data yang diperolehi dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik dengan menerbitkan kod, kategori dan tema. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan pendidikan holistik, membina intelek dan sahsiah diri, dan meningkatkan kualiti pendidikan menjadi tema kepada kefahaman guru terhadap pelaksanaan PBH di KV. Selain itu, dapatan kajian juga merungkai pelaksanaan PdP yang dijalankan mempunyai empat proses utama iaitu perancangan, pelaksanaan, pentaksiran dan penilaian. Namun begitu, terdapat cabaran yang menjadi halangan kepada pelaksanaan PdP berteraskan PBH di KV iaitu beban guru bertambah, penyampaian PdP tidak efektif, kurikulum tidak stabil dan kurang sokongan pentadbir. Cabaran ini disalurkan melalui mesyuarat pengurusan dan penambahbaikan berterusan. Berdasarkan maklumat kajian ini, dicadangkan kualiti amalan PdP guru ditambah baik dengan melaksanakan pemantauan berterusan dan audit kendiri, menubuhkan komuniti guru dalam pembelajaran professional dan membudayakan pembelajaran sepanjang hayat.


Download File

[img] Text
FPP 2022 18 IR.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Competency based education - Malaysia
Subject: Educational accountability - Malaysia
Subject: Technical education - Malaysia
Call Number: FPP 2022 18
Chairman Supervisor: Muhd Khaizer bin Omar, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Editor
Date Deposited: 25 Oct 2023 07:10
Last Modified: 25 Oct 2023 07:10
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/105095
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item