Citation
Diong, Zhi Ling
(2022)
Kesan potensi pasca pengaktifan terhadap prestasi lompat menegak dalam kalangan pemain bola tampar.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Potensi Pasca Pengaktifan (post-activation potentiation-PAP) merupakan aktiviti
memanaskan badan yang dapat meningkatkan prestasi sukan dan ia merujuk
kepada satu fenomena neuromuskular dimana kuasa otot dapat dipertingkatkan
selepas melakukan aktiviti memanaskan badan yang melibatkan rintangan.
Kajian ini bertujuan untuk membanding kesan PAP serta jangkamasa
pengekalan kesan PAP terhadap prestasi lompat menegak dalam kalangan
pemain bola tampar. 30 pemain bola tampar telah dipilih untuk menyertai kajian
ini. Kajian ini menggunakan 2 x 7 pengukuran berulangan dan reka bentuk
pengimbas balas untuk mengawal kesan aktiviti memanaskan badan di mana
setiap subjek perlu melakukan kedua-dua jenis aktiviti memanaskan badan yang
berbeza; i) rintangan dan ii) komplek pada hari yang berlainan. Kajian ini
menggunakan instrumen lompat menegak dengan pukulan vanes Vertec pada
setiap sesi ujian iaitu pra-ujian, pasca-ujian 15 saat, 5 minit, 10 minit, 15 minit,
20 minit dan 30 minit. Analisis pengekalan bagi kesan PAP menunjukkan
terdapat perbezaan yang signifikan antara kedua-dua aktiviti memanaskan
badan dalam prestasi lompatan menegak. Peningkatan min bagi skor lompat
menegak bagi aktiviti rintangan sebanyak 2.16%, 3.09%, 2.34%, 1.74%, 1.19%,
0.71% manakala peningkatan min skor lompat menegak bagi aktiviti komplek
sebanyak 2.20%, 4.09%, 4.97%, 6.02%, 7.01%, 5.70% pada pasca-ujian pada
pasca-ujian 15 saat, pasca-ujian 5 minit, pasca-ujian 10 minit, pasca-ujian 15
minit, pasca-ujian 20 minit dan pasca-ujian 30 minit berbanding dengan praujian.
Keputusan dapatan telah menunjukkan kedua-dua aktiviti memanaskan
badan dapat meningkatkan prestasi lompat menegak tetapi jangkamasa
pengekalan kesan PAP mencapai kemuncak adalah berbeza. Selain daripada
pemilihan aktiviti rintangan sebagai memanaskan badan, atlet dan jurulatih
boleh memilih aktiviti komplek sebagai aktiviti memanaskan badan dengan tujuan meningkatkan kuasa kaki dan dikekalkan sekurang-kurangnya sehinggga
30 minit dan sesuai digunakan. Aktiviti rintangan hanya mengekalkan kuasa kaki
dalam jangkamasa yang tidak lebih 10 minit manakala aktiviti komplek lebih
sesuai bagi sukan yang dipertandingkan dalam jangkamasa yang lebih 10 minit
terutamanya bagi sukan berpasukan.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |