Citation
Mat, Asma
(2019)
Kesan terapi rasional emotif tingkah laku terhadap sistem kepercayaan, kemurungan dan estim kendiri dalam kalangan penghuni di sebuah pusat pemulihan akhlak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.
Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Penyelidikan ini bertujuan untuk membina Modul Terapi Rasional Emotif Tingkah
laku yang diadaptasi daripada buku ‘The REBT Super Activity Guide: 52 Weeks of
REBT for Clients, Groups, Students, and YOU’, oleh Garcy (2009). Terapi REBT
yang diasaskan oleh Albert Ellis ini memfokuskan kepada kognitif (pemikiran),
tingkah laku dan emosi (perasaan). Pembinaan modul REBT ini adalah bertujuan
untuk (i) meningkatkan keupayaan berfikir secara rasional,(ii) mengurangkan tahap
depresi dan (iii) meningkatkan estim diri kalangan pelajar. Dengan ini, modul yang
dibina bertujuan untuk mengenalpasti Kesan Terapi Rasional Emotif Tingkah Laku
Terhadap Sistem Kepercayaan, Kemurungan Dan Estim Kendiri Dalam Kalangan
Penghuni Di Sebuah Pusat Pemulihan Akhlak Di Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur. Objektif penyelidikan ini adalah membangunkan Modul Terapi Rasional
Emotif Tingkah laku terhadap sistem kepercayaan, kemurungan dan estim kendiri,
mengenalpasti kesan Modul Terapi Rasional Emotif Tingkah laku terhadap sistem
kepercayaan, kemurungan dan estim kendiri, dan mengenalpasti kesan Modul Terapi
Rasional Emotif Tingkah laku terhadap sub skala sistem kepercayaan kerisauan,
ketegasan, mengelak daripada masalah, mendapat persetujuan atau penerimaan dan
ketidaktanggungjawaban emosi.
Reka bentuk kajian yang digunakan oleh penyelidik ialah reka bentuk eksperimen
tulen (true exsperimental design) yang menggunakan antara kumpulan (betweengroup
design) ujian-pra (pre-test) dan ujian-pasca (post-test) dan selepas sebulan
penyelidik membuat ujian-susulan (follow up- test) bagi melihat keberkesanan
Modul Terapi Rasional Emotif Tingkah Laku (Rational Emotive Behaviour
Therapy). Sampel dalam kajian ini merupakan pelatih-pelatih dari Sekolah Tunas
Bakti (STB) Sungai Besi, kuala Lumpur. Seramai 100 orang pelatih-pelatih dipilih
secara persampelan rawak mudah yang terdiri daripada mereka yang berumur 15
hingga 20 tahun. Alpha Cronbach bagi Inventori Sistem Kepercayaan (Irrational
Belief Inventory) ialah = .76, Kemurungan Beck II (Back Depression Inventiry II)
Alpha Cronbach ialah .92 dan Alpha Cronbach untuk Skala Estim Kendiri
Rosenberg ialah = .88 (Rosenberg Self Esteem Scale). Untuk memudahkan
pelaksanaan modul REBT, penyelidik telah mengubahsuai dan menggunakan bahasa
yang mudah difahami oleh pelatih-pelatih STB, namun masih mencapai objektif
yang ingin dicapai dengan menetapkan 15 sesi kaunseling yang merangkumi 33 sub
aktiviti. Seterusnya pelatih-pelatih di STB telah diagihkan secara persampelan rawak
mudah bagi kelompok eksperimen kecil (KEk) dan kelompok kawalan (Kk). Bagi
kelompok eksperimen kecil, penyelidik telah membahagikannya kepada empat
kumpulan kecil iaitu dua kumpulan mempunyai 12 orang pelatih setiap kumpulan
dan dua kumpulan lagi mempunyai 13 orang ahli dalam setiap kumpulan. Walau
bagaimanapun, hanya kumpulan rawatan (treatment group) sahaja yang mengikuti
Modul Terapi Rasional Emotif Tingkah Laku (REBT) selama 15 minggu, sementara
kelompok kawalan (treatment group) tidak menerima apa-apa rawatan bagi melihat
perbezaan hasil kajian nanti. Hasil kajian telah diperolehi nanti dianalisis dengan
menggunakan statistik deskriptif bagi demografi responden seperti umur, bangsa,
taraf pendidikan dan pernah mengikuti modul REBT atau tidak. Statistik deskriptif
bertujuan untuk mengetahui nilai min, kekerapan, peratusan dan sisihan piawai
dalam penyelidikan tersebut. Manakala statistik inferensi bertujuan untuk menjawab
24 hipotesiss kajian dengan menggunakan Statistikal Pengukuran Berulangan Satu
Hala ANOVA dan ANOVA Bercampur (One-Way Repeated Measure ANOVA dan
Mixed ANOVA).
Hasil analisis menunjukkan Terapi Rasional Emotif Tingkah laku bagi kumpulan
eksperimen secara signifikan telah berjaya mengurangkan sistem kepercayaan tidak
rasional dalam kalangan pelatih-pelatih dari ujian-pra kepada ujian-pasca, ujianpasca
kepada ujian-susulan dan ujian-susulan berbanding ujian-pra. Bagi sistem
kepercayaan untuk kumpulan eksperimen yang mempunyai sub skala kerisauan,
ketegasan, mengelak daripada masalah, penerimaan atau persetujuan dan
ketidaktanggungjawaban emosi menyatakan bahawa hasil Terapi Rasional Emotif
Tingkah laku adalah signifikan untuk ujian-pra kepada ujian-pasca dan ujian-pasca
berbanding ujian-susulan serta ujian-susulan berbanding ujian-pra. Manakala Terapi
Rasional Emotif tingkah laku secara signifikan telah berjaya menurunkan tahap
kemurungan para pelatih dari ujian-pra kepada ujian-pasca, ujian-pasca kepada
ujian-susulan serta ujian-susulan berbanding ujian-pra. Akhir sekali dapatan kajian
yang diperolehi menjelaskan bahawa Terapi Rasional Emotif Tingkah Laku secara
signifikan telah meningkatkan tahap estim kendiri daripada ujian-pra kepada ujianpasca,
ujian-pasca berbanding ujia-susulan serta ujian-susulan berbanding ujian-pra.
Kesimpulannya, Terapi Rasional Emotif Tingkah Laku (REBT) amat bersesuaian
untuk diaplikasikan terhadap pelatih-pelatih di Sekolah Tunas Bakti Sungai Besi,
Kuala Lumpur bagi mengurangkan kepercayaan tidak rasional, kemurungan dan
meningkatkan estim kendiri dalam diri mereka serta menjadi insan yang berguna
untuk agama, bangsa dan Negara. Walaubagaimanapun, penyelidik mencadangkan
agar Terapi Rational Emotif Tingkah laku (REBT) ini harus dilaksanakan dalam kumpulan kecil supaya lebih efektif berbanding dengan kumpulan besar berdasarkan
latar belakang pendidikan pelatih-pelatih yang majoritinya berpendidikan rendah
seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah
(PMR) dalam kajian ini.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |