Citation
Ibrahim, Khazana
(1999)
Potensi Penggunaan Urea Dalam Baja Adunan Pukal Di Malaysia.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Baja sebatian lebih banyak digunakan kerana ia membekalkan ketiga-tiga
unsur utama yang diperlukan oleh tumbuhan walaupun harganya lebih mahal. Baja
campuran pula walaupun murah tetapi menghadapi masalah dari segi ketidakseragaman.
Oleh itu baja adunan pukal merupakan alternatif terbaik memandangkan
ia lebih murah dari baja sebatian dan lebih seragam dari baja campuran. Tujuan kajian
ini ialah mengkaji kombinasi baja yang paling sesuai yang melibatkan urea sebagai
baja adunan pukal di samping keberkesanannya terhadap tanaman.
Kajian ini melibatkan tiga peringkat iaitu kajian di makmal yang mengkaji
kelembapan relatif kritikal (KRK), segregasi serta kualiti penyimpanan. Kajian di
rumahkaca pula mengkaji kesan baja adunan pukal terhadap kesesuaian tanaman dan
kajian di ladang untuk menentukan kesan penyebaran baja terhadap keseragaman.
lenis-jenis baja yang digunakan dalam baja adunan pukal ialah dalam bentuk butiran
bersaiz antara 2-4 mm. Di samping itu baja campuran, baja adunan pukal komersil
dan baja sebatian juga digunakan sebagai perbandingan dengan rawatan baja adunan pukal.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |