Citation
Amat @ Adnin, Norfarahin
(2020)
Perbandingan penggunaan kata kerja akhiran er, avoir dan être di antara bahasa perancis dengan bahasa melayu melalui pendekatan analisis kesalahan.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini membandingkan penggunaan kata kerja akhiran ER, Avoir dan Être antara bahasa Perancis dengan bahasa Melayu melalui pendekatan analisis kesalahan. Objektif pertama kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis kesalahan kata kerja dalam penulisan ayat mudah bahasa Perancis dalam kalangan pelajar Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM) Kuala Lumpur (KUPTMKL). Objektif kedua adalah untuk membandingkan makna antara kata kerja Avoir dan kata kerja Être dalam bahasa Perancis dan bahasa Melayu. Objektif kajian dicapai dengan menggunakan teori analisis kesalahan. Pengelasan jenis kesalahan kata kerja bahasa Perancis pula ditentukan dengan menggunakan teori taksonomi kesalahan (Dulay, Burt, dan Krashen, 1982). Kajian ini dijalankan di KUPTMKL dan sampel kajian terdiri daripada 150 orang pelajar semester dua yang telah mengikuti subjek Bahasa Perancis 1 diKUPTMKL. Pengkaji menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif dalam analisis data. Pengkaji mendapati responden mengalami kesukaran dalam mengenal pasti hubungkait antara pelaku dengan kata kerjanya untuk membina ayat mudah dalam bahasa Perancis. Dapatan kajian menunjukkan pelajar KUPTMKL melakukan tiga jenis kesalahan kata kerja bahasa Perancis, iaitu dalam pemilihan kata kerja, konjugasi kata kerja,dan pengurangan kata kerja. Tiga jenis kesalahan dalam pemilihan kata kerja melibatkan: (i) Kesalahan antara kata kerja Être dan kata kerja akhiran ER; (ii) Kesalahan antara kata kerja Être dan kata kerja Avoir; dan (iii) Kesalahan antara kata kerja Avoir dengan kata kerja Être. Kesalahan pemilihan dalam konjugasi kata kerja pula melibatkan kata kerja akhiran ER, kata kerja Avoir dan kata kerja Être. Seterusnya bagi kesalahan pengurangan kata kerja, pengkaji menemui dua jenis kesalahan,hal ini melibatkan kata kerja Avoir dan kata kerja Être. Berdasarkan kesalahan kata kerja yang dilakukan oleh pelajar KUPTMKL dalam penulisan ayat mudah bahasa Perancis, pengkaji dapat menemukan faktor yang menyumbang pada kesalahan tersebut, iaitu gangguan bahasa
ibunda, strategi pembelajaran bahasa kedua yang melibatkan simplifikasi dan pemindahan interlingual. Kesimpulannya, kajian ini membantu pelajar KUPTMKL mengenal pasti jenis kesalahan kata kerja yang sering dilakukan, lalu mengambil langkah untuk menggunakan kata kerja dengan betul dalam bahasa Perancis. Hal ini dapat membantu mereka meningkatkan mutu penulisan ayat mudah dalam bahasa Perancis. Selain itu, pelajar dapat membuat perbandingan antara makna kata kerja Avoir dengan kata kerja Être dengan lebih baik.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |