Citation
Salleh, Ibrahim
(2003)
Ayat Majmuk Bahasa Melayu dalam Tuhfat Al-Nafis.
Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Tugas penting tatabahasa untuk menghuraikan unsur bahasa dalam pembinaan ayat yang baik. Oleh itu, tatabahasa sebagai dasar yang menjadi pedoman dalam menentukan betul salahnya ayat yang dihasilkan oleh seseorang, seharusnya dibuat secara formal. lni demikian kerana tatabahasa akan menjelaskan bagaimana kata terbentuk, dan bagaimana pula kata dengan kata saling berhubungan dalam membentuk ayat.
Berdasarkan hakikat inilah kajian terhadap ayat majmuk bahasa Melayu ini dilakukan. Kajian ini berlandaskan prinsip linguistik yang didasarkan pada prinsip tatabahasa transformasi generatif. Premis utama kajian ini ialah setiap ayat mempunyai struktur dasar dan struktur permukaan. Struktur dasar memberikan pentafsiran semantik, dan struktur permukaan dihasilkan daripada struktur dasar
melalui rumus transformasi tertentu dan tersusun. Dalam proses perubahan itulah terjadinya peluasan, penambahan, penggantian, pengguguran atau penyusunan, semula unsur pada peringkat struktur dasar. Kajian ini dibuat berasaskan bahan bertulis daripada sumber teks lama, iaitu Tuhfat
Al-Nafis. Tuhfat Al-Nafis merupakan dokumen penting tentang masyarakat Melayu kurun ke-19 dan awal kurun ke-20. Teks ini mengetengahkan bentuk bahasa dalam kehidupan harian, baik dari segi leks ikon, struktur ayat mahupun ragam dan gaya bahasanya. Isinya merupakan pemerhatian karyawan dan sorotannya terhadap kehidupan dan alam sekeliling, iaitu alam lahiriah dan alam batiniah, persekitaran fizikal, psikologi dan metafizika. Dalam konteks inilah ayat majmuk dalam Tuhfat Al_Nafis dikaji. Analisis ayat majmuk dalam teks ini jelas menunjukkan bahawa terdapat kesinambungan bentuk ayat, terutama ayat majmuk gabungan, ayat majmuk
pancangan (herkait, pelengkap, dan keterangan), dan ayat majmuk campuran. Hasil daripada analisis ayat majmuk dalam teks tersebut juga telah dapat dikenal pasti bentuk ayat majmuk bahasa Melayu yang mempunyai tradisi dan akar umbinya, dan variasi bentuk ayat majmuk dalam teks lama. Dengan penemuan ini dapatlah juga ditentukan pola ayat majmuk yang mantap, sahih dan berkesinambungan dalam
perkembangan bahasa Melayu untuk penyusunan tatabahasa baku yang lebih berpada. Hakikat ini tentunya akan memberikan matra baharu ke arah pemantapan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |