Citation
Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
(2011)
Alumni UiTM kongsi maklumat tingkat sistem pengurusan dengan Alumni UPM.
[UPM News]
Abstract
SERDANG, 23 Feb– Pusat Perhubungan Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengadakan pertemuan dengan Pusat Alumni Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi bertukar pandangan dalam usaha meningkatkan sistem pengurusan alumni.
Pengarah Pusat Alumni UPM, Dr. Rohani Ibrahim berkata, pada pertemuan singkat yang dihadiri kira-kira 40 wakil alumni UiTM di UPM itu banyak perkara telah dibincangkan termasuk penambahbaikan pengurusan dan pelaksanaan program alumni.
“Dalam pertemuan pihak Alumni UiTM juga telah meminta pandangan daripada Alumni UPM dalam menjayakan beberapa program mereka antaranya Projek Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB).
“Selain itu kami juga berkongsi maklumat mengenai pelaksanaan program Alumni UPM termasuk program Outreach UPM Alumni, program mentoring , pelaksanaan syarahan awam Yayasan Pak Rashid dan syarahan awam alumni secara berkala di UPM,” katanya.
Menurut Rohani, Alumni UPM juga mencadangkan alumni UiTM melaksanakan program berimpak tinggi sama ada anjuran bersendirian atau bersama UiTM.
Selain itu beliau turut mengingatkan bahawa pejabat alumni di universiti perlu ‘dilihat, didengari dan dirasa’ oleh komunti di luar kampus melalui aktiviti yang berimpak, berkesan dan output yang berkualiti.
“Dua perkara penting yang harus ditanam dalam diri pelajar semasa mereka berada di kampus iaitu sense of belonging dan sense of pride kerana inilah semangat yang harus ada pada semua alumni untuk menjadikan mereka duta kepada Alma mater masing-masing.
“Mereka pembawa berita kehebatan dan lambang kecemerlangan institusi di mana-mana sahaja mereka berada,” ujarnya.
Sementara itu, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UiTM, Rosilawati Abdul Jamil berkata, berdasarkan pertemuan itu, banyak maklumat dapat dikongsi terutamanya mengenai sistem pengurusan dan pelaksanaan program alumni.
“Pihak Alumni UiTM bertanya mengenai pelaksanaan program syarahan umum Yayasan Pak Rashid anjuran UPM dan kita juga berkongsi maklumat dengan UPM mengenai pelaksanaan Program Simfoni Kasih anjuran UiTM.
“Selain itu kami juga berkongsi maklumat mengenai bagaimana UiTM melaksanakan sistem E-Alumni yang bertujuan menghubungkan antara pusat alumni dengan alumni dan memudahkan alumni mengemas kini data,” katanya.
Download File
Preview |
|
PDF
Alumni_UiTM_kongsi_maklumat_tingkat_sistem_pengurusan_dengan_Alumni_UPM.pdf
Download (158kB)
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |