Citation
Mat Arshad, Adzemi
(1990)
Kesan Pengapuran ke Atas Pertumbuhan dan Pengeluaran Hasil Jagung dan Kacang Tanah.
Masters thesis, Universiti Pertanian Malaysia.
Abstract
Satu penyelidikan ladang telah dijalankan di atas dua tanah
Ultisol, Siri Bungor dan Siri Rengam (Tipik Paleudult) bagi
mengkaji kesan pengapuran ke atas pertumbuhan dan pengeluaran
hasil jagung dan kacang tanah. Enam kadar pengapuran
menggunakan Batu Kapur Magnesium Hancur (BKHH) diuji, iaitu 0,
0.5, 1.0, 2.0, 4.0 dan 8.0 mt ha-1 dan digaul sedalam 0-15 sm.
Satu perlakuan mutlak diadakan di mana baja dan kapur tidak
diberi.
iai tu jagung (Zea mays L. cv. Thai Super sweet) dan kacang
tanah (Arachis hypogaea L. cv. Mat Jam/Indonesia) yang ditanam
secara bergilir-gilir dimulai dengan tanaman jagung, diikuti oleh
kacang tanah dan jagung bagi kedua-dua siri tanah. eputusan menunjukkan bahawa pengapuran pada kadar 1.0 mt
ha-1 BKMH diperlukan bagi pengeluaran hasH jagung pada tanah
Siri Bungor manakala pengapuran tidak diperlukan pada tanah Siri
Rengam. Hasil berat kering pokok jagung 2 pada tanah Siri Bungor
dan kedua-dua tanaman jagung pada tanah Siri Rengam didapati
bertambah dengan pengapuran tetapi hasil berat kering pokok
jagung 1 pada tanah Siri Bungor tidak dipengaruhi oleh
pengapuran.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |