Citation
Abstract
Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap risiko tingkah laku ekstremisme dalam kalangan belia awal Malaysia dan perbandingan tahap risiko tingkah laku ekstremisme belia awal berdasarkan faktor sosio-demografi. Responden terdiri daripada 408 orang belia berumur di antara 16 hingga 24 tahun yang dipilih menggunakan teknik persampelan rawak berlapis. Tahap risiko tingkahlaku ekstremisme diukur menggunakan barometer risiko tingkah laku eksteremisme yang dibangunkan oleh kumpulan penyelidik kajian ini. Data dikumpul menggunakan borang soal selidik. Keputusan menunjukkan nilai indeks risiko tingkah laku ekstremisme berada ditahap yang rendah dan hanya memerlukan tindakan pencegahan bagi mengelakkan peningkatan kadar risiko. Secara terperinci, terdapat empat daripada 14 dimensi dalam barometer risiko tingkah laku ekstremisme mencatatkan nilai indeks yang tinggi iaitu empati, sensasi impulsif, krisis identiti dan tingkah laku agresif. Hasil analisis menerusi ujiant menunjukkan perbezaan purata skor yang signifikan yang mana responden perempuan didapati lebih berisiko untuk terlibat dalam masalah tingkah laku yang melibat dimensi empati dan krisis identiti, manakala responden lelaki pula didapati lebih berisiko untuk terlibat dalam masalah tingkah laku yang melibatkan dimensi tingkah laku agresif, pengherotan kognitif, moral sosial dan rakan delinkuen. Perbandingan berdasarkan lokasi institusi mendapati terdapat perbezaan purata skor yang signifikan. Responden pelajar institusi yang berada di bandar didapati lebih berisiko untuk terlibat dalam masalah tingkah laku ekstremisme yang melibatkan dimensi sensasi impulsif, manakala responden di luar bandar didapati lebih berisiko bagi dimensi kesepaduan komuniti, toleransi dan moral sosial. Faktor jenis institusi pula mendapati pelajar sekolah didapati lebih berisiko terlibat dalam masalah tingkah laku ekstremisme yang melibatkan dimensi kesepaduan komuniti, toleransi, kesepaduan keluarga dan moral sosial. Manakala pelajar IPT pula didapati lebih berisiko untuk terlibat dalam masalah tingkah laku yang melibatkan dimensi sensasi impulsif, akses ke rangkaian radikal dan rakan delinkuen. Langkah pencegahan yang dicadangkan adalah berdasarkan dimensi dan kumpulan fokus berdasarkan sosio-demografi yang signifikan.
Download File
Full text not available from this repository.
Official URL or Download Paper: https://eco1.upm.edu.my/malaysian_journal_of_human...
|
Additional Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Divisions: | Faculty of Human Ecology Institute for Social Science Studies |
Publisher: | Faculty Of Human Ecology, Universiti Putra Malaysia |
Keywords: | Risk of extremist behavior; Social control; Early youth; Intervention; Prevention |
Depositing User: | Ms. Che Wa Zakaria |
Date Deposited: | 15 Aug 2023 03:53 |
Last Modified: | 15 Aug 2023 03:53 |
URI: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/102318 |
Statistic Details: | View Download Statistic |
Actions (login required)
View Item |