Citation
Abstract
Ucapan merupakan salah satu peristiwa bahasa yang melibatkan penyampaian maklumat yang mampu mencerminkan hubungan sosial. Hubungan sosial ini boleh digambarkan menerusi penggunaan modaliti tertentu. Sehubungan dengan itu, makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti penggunaan modaliti oleh Perdana Menteri Malaysia Kelapan dalam teks ucapan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan menjelaskan hubungan sosial yang dibina berdasarkan penggunaan modaliti tertentu. Sebanyak lapan teks ucapan telah dimuat turun menerusi laman sesawang rasmi Pejabat Perdana Menteri (https://www.pmo.gov.my/speech/). Pendekatan kualitatif dan kuantitatif telah diterapkan bersama teori analisis wacana kritis yang dibangunkan oleh Fairclough (2013). Hasil penelitian mendapati bahawa sepuluh jenis modaliti telah digunakan, iaitu modaliti ‘boleh’, ‘dapat’, ‘nak’, ‘mesti’, ‘mungkin’, ‘perlu’, ‘ingin’, ‘hendak’, ‘pasti’ dan ‘mahu’. Modaliti yang digunakan oleh pewacana juga mempunyai dua tujuan, iaitu untuk memberikan perintah dan menyampaikan informasi. Berdasarkan perbandingan, modaliti informatif lebih banyak digunakan berbanding dengan modaliti perintah. Penggunaan modaliti informatif telah membuktikan bahawa pewacana cenderung membina hubungan sosial yang santai dengan pendengar apabila menyampaikan maklumat. Penggunaan modaliti perintah juga menunjukkan bahawa pewacana turut membentuk hubungan sosial yang tegas dengan pendengar apabila mengusulkan permintaannya. Secara jelas, kajian ini bukan sahaja menganalisis aspek bahasa semata-mata, tetapi turut menjelaskan cara bahasa disusun atur oleh kerajaan untuk menyampaikan maklumat ketika negara mengalami darurat kesihatan global.
Download File
Official URL or Download Paper: http://www.pertanika.upm.edu.my/pjssh/browse/regul...
|
Additional Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Divisions: | Faculty of Human Ecology Faculty of Modern Language and Communication |
DOI Number: | https://doi.org/10.47836/pjssh.30.4.09 |
Publisher: | Universiti Putra Malaysia |
Keywords: | COVID-19; Modality; Movement Control Order (MCO); Prime Minister of Malaysia; Speech text |
Depositing User: | Ms. Che Wa Zakaria |
Date Deposited: | 18 Aug 2023 23:54 |
Last Modified: | 18 Aug 2023 23:54 |
Altmetrics: | http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.47836/pjssh.30.4.09 |
URI: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/102196 |
Statistic Details: | View Download Statistic |
Actions (login required)
View Item |