Citation
Abstract
Pulau Redang di Terengganu merupakan salah sebuah pulau yang popular di Malaysia. Namun, perkembangan industri perlancongan di Pulau Redang yang semakin berkembang perlu dikawal selia dari semasa ke semasa untuk memastikan keseimbangan fauna sentiasa terpelihara. Justeru, satu kajian telah dijalankan di Pulau Redang bertujuan menentukan kelimpahan dan komposisi serangga di kawasan hutan pesisir pantai dan hutan pedalaman pulau tersebut menggunakan perangkap Malaise, perangkap dulang kuning dan perangkap lubang. Semuaperangkap tersebut diletakkan selama tujuh hari dan sampel serangga yang dikumpul telah dibawa ke makmal untuk proses pengasingan, perkiraan dan pengecaman. Sejumlah 972 individu daripada 14 order serangga telah berjaya disampel di hutan Pulau Redang. Hymenoptera merupakan order paling melimpah yang direkodkan dengan nilai sebanyak 48.36% (470 individu) dan diikuti oleh Diptera pada nilai 32.10% (312 individu). Manakala Blattodea adalah order paling kurang melimpah yang direkodkan sebanyak hanya 0.21% (2 individu). Jumlah kelimpahan serangga yang disampel di hutan pedalaman relatifnya lebih tinggi (501 individu) berbanding hutan pesisir pantai (471 individu). Walaubagaimanapun, tiada perbezaan bererti (P>0.05) terhadap kelimpahan serangga di antara kedua-dua hutan di Pulau Redang tersebut. Hasil kajian ini diharapkan dapat menjadi asas kepada kajian selanjutnya berkaitan inventori spesies serangga di Pulau Redang.
Download File
Full text not available from this repository.
Official URL or Download Paper: https://journalarticle.ukm.my/21038/
|
Additional Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Divisions: | Faculty of Agriculture |
Publisher: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Keywords: | Insect’s abundance; Coastal forest; Inland forest; Island |
Depositing User: | Ms. Zaimah Saiful Yazan |
Date Deposited: | 15 Mar 2024 04:32 |
Last Modified: | 15 Mar 2024 04:32 |
URI: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/102034 |
Statistic Details: | View Download Statistic |
Actions (login required)
View Item |