UPM Institutional Repository

Keberkesanan penggunaan peta alir bagi meningkatkan tahap penguasaan kemahiran menulis karangan separa berpandu bahasa melayu dalam kalangan murid Cina Tahun Tiga


Citation

Hor, Yan Kwan and Mohamed Mokhtar, Marzni (2022) Keberkesanan penggunaan peta alir bagi meningkatkan tahap penguasaan kemahiran menulis karangan separa berpandu bahasa melayu dalam kalangan murid Cina Tahun Tiga. Muallim Journal of Social Sciences and Humanities, 6 (4). 28 - 39. ISSN 2682-9231; ESSN: 2590-3691

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan peta alir bagi meningkatkan tahap penguasaan kemahiran menulis karangan separa berpandu Bahasa Melayu dalam kalangan murid Cina Tahun Tiga. Kajian ini menggunakan reka bentuk penyelidikan kuantitatif menerusi pendekatan kuasi-eksperimen. Populasi kajian ini melibatkan murid berbangsa Cina Tahun Tiga yang mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Seramai 60 orang murid dipilih sebagai sampel kajian bagi populasi yang terdiri daripada 71 orang murid. Kajian ini dilaksanakan di sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) yang terletak di daerah Puchong, Selangor. Instrumen kajian yang digunakan ialah praujian dan pascaujian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penguasaan murid Cina Tahun Tiga dalam praujian dan pascaujian kemahiran menulis karangan separa berpandu adalah berbeza. Dapatan kajian ini juga mendapati bahawa penggunaan peta alir adalah berkesan bagi meningkatkan tahap penguasaan kemahiran menulis karangan murid Cina Tahun Tiga. Impikasinya, penggunaan alat berfikir dapat membantu murid memahami dan menguasai tatacara penulisan karangan separa berpandu Bahasa Melayu.


Download File

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Educational Studies
DOI Number: https://doi.org/10.33306/mjssh/211
Publisher: Persatuan Sains Sosial dan Kemanusiaan Muallim
Keywords: Flow charts; Writing skills; Semi-guided essays; Malay; Chinese students
Depositing User: Ms. Che Wa Zakaria
Date Deposited: 18 Aug 2023 23:40
Last Modified: 18 Aug 2023 23:40
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.33306/mjssh/211
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/102033
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item