UPM Institutional Repository

Kajian kes bentuk penerimaan masyarakat tempatan terhadap pelarian Rohingya di Ampang, Selangor


Citation

Abdul Majid, Mohamad Azri and E, Soon Kiat and Arasu, Meera and Mohd Fakhruddin, Faizah and Mohd Fakhruddin, Fathiyah (2022) Kajian kes bentuk penerimaan masyarakat tempatan terhadap pelarian Rohingya di Ampang, Selangor. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 7 (49). 118 - 132. ISSN 0128-1755

Abstract

Kajian ini membincangkan tentang bentuk penerimaan masyarakat tempatan terhadap kehadiran pelarian Rohingya di Ampang, Selangor berserta faktor-faktornya. Kajian ini menggunapakai reka bentuk kualitatif dan pendekatan kajian kes dalam mengkaji isu pelarian Rohingya. Seramai tujuh orang informan telah ditemubual menggunakan kaedah temu bual separa berstruktur. Hasil kajian mendapati tiga bentuk penerimaan masyarakat tempatan terhadap pelarian Rohingya di Ampang, Selangor iaitu tidak menerima, menerima, dan berpendirian neutral. Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada bentuk penerimaan tidak menerima ialah sikap, jenayah, dan gaya hidup. Bentuk penerimaan menerima pula berdasarkan faktor hak asasi manusia dan simpati. Manakala, pendirian neutral disebabkan faktor sikap yang tidak menghakimi pelarian. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa persepsi dan juga bentuk penerimaan masyarakat tempatan terhadap kehadiran pelarian Rohingya di Ampang, Selangor adalah bergantung kepada pengalaman masyarakat tempatan itu sendiri. Kajian ini juga bertujuan untuk memberikan sumbangan terhadap perkembangan ilmu sosiologi secara amnya berkenaan isu pelarian asing di Malaysia yang bermanfaat buat pelbagai pihak seperti ahli akademik, industri, serta pihak kerajaan dalam memahami dan menambahbaik polisi berkenaan isu ini. Selain itu, kajian juga mencadangkan agar kajian reka bentuk kuantitatif dengan responden yang lebih besar jumlahnya serta dari pelbagai latar belakang dijalankan di masa akan datang demi meningkatkan kefahaman serta kualiti kajian ke tahap yang lebih baik.


Download File

Full text not available from this repository.
Official URL or Download Paper: http://www.jised.com/archived.asm

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Educational Studies
DOI Number: https://doi.org/10.55573/JISED.074911
Publisher: The Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED)
Keywords: Rohingya refugees; Forms of acceptance; Attitude; Crime; Lifestyle
Depositing User: Ms. Zaimah Saiful Yazan
Date Deposited: 15 Mar 2024 07:14
Last Modified: 15 Mar 2024 07:14
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.55573/JISED.074911
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/102031
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item