UPM Institutional Repository

Bahasa Antara dalam Pertuturan Bahasa Melayu Kanak-Kanak Masyarakat Bidayuh di Daerah Bau, Sarawak


Citation

Juhin, Susan (2002) Bahasa Antara dalam Pertuturan Bahasa Melayu Kanak-Kanak Masyarakat Bidayuh di Daerah Bau, Sarawak. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Bahasa Antara dalam pertuturan bahasa Melayu kanak-kanak bangsa Bidayuh belum lagi pernah dikaji setakat ini. Dalam kajian ini, pengkaji telah membezakan tahap bahasa antara dalam pertuturan kanak-kanak bangsa Bidayuh berdasarkan faktor umur. Selain itu, pengkaji juga menganalisis hubungan bahasa antara dengan penguasaan jenis kata berdasarkan kumpulan umur. Pengkaji juga menghuraikan jenis fosilisasi yang terdapat dalam pertuturan bahasa Melayu kanak-kanak bangsa Bidayuh. Di samping itu, pengkaji telah mengkaji hubungan persekitaran bahasa dengan perlakuan lisan kanak-kanak bangsa Bidayuh. Hasil kajian menunjukkan bahawa penguasaan 10 jenis kata kanak-kanak bangsa Bidayuh yang berumur 7 tahun dari SK St. Theresa berada di tahap basilek (Selinker,1992), iaitu dengan memperoieh min markat sebanyak 44.5%. Manakala, kanak-kanak bangsa Bidayuh umur 7 tahun dari SK St. Stephen pula memperoleh min markat sebanyak 52.2% dan berada di tahap mesolek. Namun, min markat yang diperoleh oleh kanak-kanak dari kedua-dua buah sekolah ialah 48%, iaitu masih lagi berada di tahap basilek. Kanak-kanak bangsa Bidayuh yang berumur 9 tahun dari SK st. Theresa pula berada di tahap basilek dengan memperoleh min markat sejumlah 49%. Manakala, kanak-kanak SK St. Theresa pula berada di tahap mesolek dengan memperoleh min markat sebanyak 55.65%. Oleh itu, min markat yang diperoleh oleh kanak-kanak bangsa Bidayuh yang berumur 9 tahun ialah 52% dan berada di tahap mesolek. Bagi kanak-kanak bangsa Bidayuh yang berumur 12 tahun dari SK St. Theresa pula berada di tahap mesolek dengan min markat sejumlah 64.27%. Manakala, kanak-kanak bangsa Bidayuh umur 12 tahun dari SK St. Stephen pula berada di tahap mesolek dengan min markat sebanyak 67.71%. Oleh itu, purata markat yang diperoleh oleh kanak-kanak dari kedua-dua buah sekolah tersebut ialah 66%, iaitu berada di tahap mesolek. Persekitaran bahasa kanak-kanak bangsa Bidayuh yang terdiri daripada umur dan bahasa Bidayuh sebagai bahasa pertama (Karashen, 1982) sedikit sebanyak mempengaruhi pertuturan mereka. Didapati bahawa kanak-kanak bangsa Bidayuh umur 7 tahun kerap menggunakan nafian dan pemudahan seperti tidak ada, ada, ya, tidak tahu, dan suka. Kanak-kanak bangsa Bidayuh yang berumur 9 tahun pula sudah mula mempunyai keyakinan diri semasa bertutur dalam bahasa Melayu. Manakala, kanak-kanak bangsa Bidayuh umur 12 tahun tidak menghadapi sebarang masalah untuk bertutur dalam bahasa Melayu. Namun, pengkaji mendapati bahawa kanak-kanak bangsa Bidayuh yang berumur 12 tahun ini kerap menggunakan penyeluruhan. Hal ini telah menyebabkan pertuturan yang kurang gramatis dan tidak mapan. Satu aspek yang dianggap penting oleh pengkaji ialah kajian ini diharap dapat memperkenal konsep bahasa antara yang terdapat dalam pertuturan bahasa Melayu kanak-kanak bangsa Bidayuh. Lebih-lebih lagi setakat ini belum ada penyelidikan yang dibuat oleh penyelidik tempatan tentang bahasa antara dalam pertuturan kanak-kanak bangsa Bidayuh.


Download File

[img] Text
FBMK_2002_12.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Malay language - Sarawak
Call Number: FBMK 2002 12
Chairman Supervisor: Associate Professor Noor Aina Dani, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Nur Kamila Ramli
Date Deposited: 10 Mar 2011 03:24
Last Modified: 19 Mar 2024 03:44
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10165
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item