Citation
Zainon Hamzah, Zaitul Azma
(2002)
Gangguan dalam Sistem Giliran Bertutur Kanak-Kanak Melayu: Satu Analisis Pragmatik.
UNSPECIFIED thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis gangguan dalam sistem giliran bertutur kanak-kanak Melayu. Sampel kajian adalah terdiri daripada 36 orang kanak-kanak tabika Kemas yang dipilih secara 'persampelan rawak berlapis' daripada 3 buah tabika Kemas, iaitu Tabika Kenari, Tabika Ibnu Sina, dan Tabika Harapan Murni dan Tadika AI-Hafiz, Kajang.
Dalam kajian ini, teori Relevans (1986, 1995), telah digandingkan dengan kerangka analisis perbualan Schlobinski (1996), untuk membincangkan gangguan dalam sistem giliran bertutur kanak-kanak Melayu dan menginterpretasi penggunaan ironi dan metafora dalam ujaran kanak-kanak Melayu. Hasil kajian mendapati kanak-kanak mencetuskan gangguan dengan tujuan menyampaikan maklumat, menambahkan maklumat, mendapatkan giliran bertutur dan melahirkan perasaan simpati. Namun, terdapat juga gangguan yang dicetuskan oleh kanak-kanak untuk menyatakan bantahan dan mencetuskan konflik. Selaln itu, kajian juga mendapati penggunaan bahasa yang ironi dan metafora digunakan untuk menyampaikan idea, sindiran, dan konsep-konsep yang relevan mengikut
konteksnya. Penggunaan ironi dan metafora turut menyerlahkan darjah kefahaman interpretif antara penutur dan pendengar bagi membolehkan komunikasi berjalan lancar.
Dapatan kajian juga menunjukkan konteks dan kognisi berperanan dalam komunikasi kanak-kanak. Kanak-kanak menyampaikan maklumat yang terkandung dalam kognisi mereka mengikut konteks yang relevan. Konteks juga turut berfungsi menetapkan makna ujaran itu. Seterusnya penggunaan Rangka Rujuk Silang pula didapati dapat mengesan elipsis kata ganti nama diri (KGND), dalam perbualan kanak-kanak Melayu. Oleh yang demikian, pendekatan pragmatik didapati berwibawa dalam menginterpretasi makna ujaran kanak-kanak Melayu. Hasil gabungan teori Relevans dan kerangka analisls perbualan Schlobinski didapati telah menghasilkan dapatan kajian yang jitu tentang makna ujaran dan tingkah laku kanak-kanak Melayu ketika mereka berkomumkasi. Teori
Relevans berwibawa kerana teori ini menekankan kepentingan konteks dan kognisi dalam menginterpretasi makna ujaran.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |