Citation
Mohd Hanafiah, Halis Azhan
(2002)
Novel-Novel Zailiani Taslim: Analisis Kehendak Remaja.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Zailiani Taslim telah muncul sebagai salah seorang penulis
Malaysia yang secara konsisten menghasilkan karya dalam genre sastera remaja. Karya-karya penulis ini dalam genre berkaitan memperlihatkan penampilan remaja secara berkesan dalam masyarakat yang diwakilinya. Kajian ini melibatkan enam buah novel beliau iaitu Jambatan Kasih, Dari Padang Hijau, Semesra Kota Ku, Ladang, Keringat Dan Ginta, Meredah Onak dan Hempasan Ombak. Memandangkan novel remaja turut menyumbang kepada pembangunan diri remaja, maka kajian ini bermatlamat untuk melihat kehendak-kehendak yang ingin dipenuhi oleh remaja dalam kehidupan mereka. Untuk melihat kehendak-kehendak ini secara sistematik, maka teori Hierarki Kehendak Manusia yang dicetuskan oleh Abraham H. Maslow digunakan. Dalam konteks ini, aspek watak dan perwatakan remaja tidak diketepikan. Keputusan kajian mendapati bahawa watak-watak memperagakan nilai-nilai positif yang konsisten dalam mencapai kehendak-kehendak
mereka. Semua watak mencapai tiga peringkat pertama hierarki kehendak iaitu peringkat kehendak fisiologi, peringkat kehendak keselamatan dan peringkat kehendak kasih sayang dan keinginan dimiliki, empat daripada enam watak mencapai peringkat penghargaan kendiri dan tiada seorang pun mencapai peringkat penyempurnaan kendiri.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |